Tuesday, May 18, 2010

Bila Sakaratul Maut Datang Menjemput

Tatkala Kal El menaip entry ini Kal El berada di wad nefrologi PPUM untuk tujuan dialysis. Sejak dalam keadaan kritikal tempoh hari memang Kal El dihantar ke sini (dan bukannya di pusat dialisis PPUM seperti biasa). kerana berdekatan dengan doktor jika berlaku apa=apa yang tidak dijangka. Di sini Kal El ditumpangkan selama 4 jam sahaja dan akan kembali ke wad Kal El setelah dialysis selesai.

Setiba Kal El di wad ini, seorang Hamba Allah di sebelah katil Kal El sedang nazak, menunggu panggilan Illahi dan saudara mara beliau penuh mengelilingi katil. Banyak kali Kal El masuk hospital banyak kali juga sempat melihat malah mendengar tentang kematian tapi inilah kali pertama Kal El melihat dengan mata sendiri seseorang sedang diambil nyawanya untuk menemui Penciptanya.

Memang amat sedih dan sayu sekali keadaan di sini dengan iringan bacaan Yassin yang suci dan bisikan Lailahaillallah (tiada tuhan selain Allah) di telinga pesakit oleh anak lelaki beliau. Syukur
Alhamdulillah beliau mempunyai anak-anak yang soleh. InsyaAllah.

Keadaan ini mengigatkan Kal El, menyedarkan dan menginsafi diri ini apabila tiba giliran Kal El begini siapakah yang akan membisikan kalimah syahadah ke telinga ini? Kal El tak punya anak apatah lagi anak yang soleh. Keadaan ini juga menyedarkan Kal El betapa sakitnya apabila nyawa akan dicabut Sakaratul Maut dan betapa sedikitnya amalan Kal El selama ini sebagai benteng menahan kesakitan tersebut.

Marilah kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah untuk Allahyarhammah yang baru pergi mengadap Penciptanya (di kala entry ini sedang ditaip) dan juga kepada diri sendiri sebagai bekalan di akhiran nanti. InsyaAllah.

AlFatihah.

Kal El
Sent from my iPhone

2 comments: