Wednesday, June 17, 2009

Resipi Macaroni Goreng Superman

Macaroni Goreng Superman

Hari tu masa potluck di The Eye Co. Kal El telah menyediakan Macaroni Goreng (huhuhu skema tul bahasa...) Meh ler Kal El ajar macamana nak masak Macaroni Goreng ni..

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan Utama:
Macaroni - 1 paket
Daging/Ayam Kisar Ramly - 1 paket
Serbuk Kari Daging - 1 paket kecik
Tomato Puree - 1 tin kecik
Mix Vegetable - 1/2 paket

Bahan Kisar:
Bawang Putih
Bawang Merah

Bahan Perasa:
Garam
Serbuk Perasa jika mahu (Kal El tak letak)

Bahan Hiasan:
Cili Merah diracik halus
Daun Sadri diracik halus
Telur Dadar juga diracik halus
Bawang Goreng

Persediaan:
Rebus macaroni dalam air mendidih. Campurkan sedikit minyak dan garam ke dalam air rebusan. Setelah kembang toskan macaroni tadi dan lalukannya dibawah air sejuk agar tidak melekat.

Goreng daging/ayam cincang hingga masak dan ketepikan.

Cara memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, campurkan serbuk kari dan tomato puree, gaulkan. Masukkan daging dan mixed vegetable. Setelah sebati dan cantik warnanya, masukkan macaroni dan gaul sehingga sebati.. Haaa jangan lupa plak letak garam dan rajin-rajin ler merasa agar tak masin. Bila nak letak garam tu sukati kamu ler... Kal El suka letak sebelum masuk macaroni bersama bahan-bahan yang dicampur tadi.

Dah masak? Ye... sudah boleh di makan... taburkan cili, telur dadar dan daun sadri juga bawang goreng ke atas Macaroni Goreng tadi... selamat MENCUBA dan MELANTAK heheh kalau tak sedap tak jamin haa.... air tangan masing-masing...

No comments:

Post a Comment