Alhamdulillah syukur pada Allah meningkat sekali lagi umur Syahr El tahun ini.
Dalam keadaan begini Syahr El tidak tahu berapa lama Allah akan memberi kehidupan pada Syahr El, so life is based on day-to-day living, making each day a meaningful and happy one, insyaAllah.
Alhhamdulillah juga kebelakangan ini hati Syahr El begitu tenang dan bahagia. Segala masalah, walaupun tidak diselesaikan nampun Syahr El meletakkan mereka ketepi dan meneruskan hidup ini dengan seadanya. Syahr El tidak mengharapkan apa-apa walau dari sesiapapun dan Syahr El juga tidak melinbatkan sesiapa dalam masalah yang Syahr El hadapi.
Syahr El juga bahagia kerana seseorang yang sanggup meletakkan segalanya dibelakang demi menjaga seorang yang memerlukan seperti Syahr El, terima buat Amir yang banyak membantu dalam hidup Syahr El sepanjang 8 tahun ini. Moga Allah memberkati segala pengorbanan dan pertolongan yang diberikan kepada Syahr El selama ini. Thank you very much Amir.
Hari ini, insyaAllah Syahr El berada di Avillion di Port Dickson bagi meraikan hari jadi Syahr El yang ke 35. Satu umur yang matang dan boleh berdiri di atas kaki sendiri. InsyaAllah juga dengan umur 35 tahun ini Syahr El akan dapat berdiri sendiri dengan siapnya kaki palsu (kini sedang berlatih berjalan dan menggunakan kaki palsu tersebut dan latihan fisioterapi di Hospital Ampang.
Moga Allah memberi kesenangan dan kemudahan serta rezeki yang melimpah ruah kepada Syahr El dan Amir serta keluarga kami berdua. Amin.

No comments:
Post a Comment