Thursday, November 18, 2010

Thank You Fared & Aleen

I am so blessed with many good and loving friends. Alhamdulillah.

Bila kami berada di Port Dickson tempoh hari kami telah berkesempatan untuk ke restoran seorang rakan suami-isteri, Fared dan Aleen. Sebenarnya Aleen adalah rakan semasa di universiti dulu, kami agak rapat, selalu teasing each other and yes, ada persamaan antara kami, kedua-dua Allahyarhamah bonda kami bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Fared pula Syahr El baru kenal pada gathering kami di Marche The Curve pada tahun 2008 (beberapa bulan sebelum Syahr El jatuh sakit) dan ternyata beliau seorang yang baik dan penyayang. Aleen dan Fared juga telah datang melawat Syahr El di HKL bulan Februari lalu dan mereka datang dari jauh semata-mata untuk melawat rakan mereka yang sakit ini dan terima kasih kepada Facebook, kami kekal berhubung melalui laman sosial tersebut.


Kunjungan kami ke restoran Fared sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari jadi Syahr El yang ke 35 disambut mesra oleh kedua-dua rakan kami dan juga ibu Fared, yang Syahr El panggil Mak. Heheheh bukan apa, seronok berkongsi kasih sayang ibu rakan sejak ibu sendiri pulang ke Rahmatullah. Hilang lah sedikit kerinduan memanggil seseorang dengan panggilan 'mak' atau 'ibu' mahupun dahulu Syahr El memanggil ibu sendiri 'Mummy'. Agak terkilan juga sebab tak pernah, walau amat teringin untuk memanggil mummy 'mak'.

Kalau sudah di restoran, pasti kami makan. Makanan di restoran Fared ini memang amat lazat. Syahr El yang sememangnya hantu tempe cicah sambal kicap bedal habis sambal kicap dan tempe Fared heheh. Sayangnya Syahr El tak makan ikan, jadi Amir lah seorang belasah seekor ikan siakap bakar.... dia kata sangat sedap! Hmmmm macam rugi je rasanya,

To Fared and Aleen, THANK YOU SO MUCH for the hospitality and thank you very much for the birthday lunch treat. Moga bisness kalian bertambah maju dan makmur. Amin.

No comments:

Post a Comment