Siapa sangka semasa Planet Krypton hampir musnah JOR-EL telah melepaskan sebuah lagi kapal angkasa selepas KAL-EL yang berjaya mendarat di Kuala Lumpur, Malaysia. Anaknya ini dinamakan Syahr-El...

Thursday, December 25, 2008

Merry Christmas

Kal El would like to wish all Malaysians and Christians worldwide a Merry Christmas. May this Christmas brings you joy and happiness.

Sunday, December 14, 2008

Yoshinoya, KLCC SIgnatures Food Court


Fried Dumpling

Another nice eating place kat Signature Food Court in KLCC is Yoshinoya Stall. I haven't tried the main dishes here (Serving Japanese Food duh!) but I've tries the Fried Dumpling (kalau tak silap namanya). Gerainya berhampiran Nasi Lemak Adik dan bersebelahan dengan Kyros Kebab dan Western Food di Signatures Food Court KLCC (Going up the excalator, it's on your right). Boleh tahan, Kal El sukakan rasanya - considering that I am not really into Japanese Food kan- kira boleh lah!

Friday, December 12, 2008

Nasi Tomato @ Bukit Antarabangsa Stall


Nasi Tomato dengan Acar Pencak

Salah satu yang menarik kat puncak Bukit Antarabangsa ialah Nasi Tomato ini yang dijual di sebelah malam berdekatan dengan 7 Eleven. Dia bukan di kedai tetapi sebuah gerai bersebelahan gerai burger di kanan 7E dan kedai elektrik/lampu di Bukit Antarabangsa.


Kal El suka akan rasa Nasi Tomato ini, sedap lauk ayamnya dan acar pencak memang padan dengan rasa Nasi dan lauknya. Di gerai tersebut ada juga menjual Nasi Lemak tapi Kal El lebih gemarkan Nasi Tomato ni. Cubalah!

Thursday, December 11, 2008

Nasi Lemak Adik, KLCC SIgnatures Food Court

Voted the MOST Expensive Nasi Lemak in the World!

Inilah dia rupa nasi lemak paling mahal pernah Kal EL makan. Percaya atau tidak it costs me RM12.60 for this plate of nasi lemak. Lauknya daging rendang, sambal tumis, telur rebus sebiji, bergedel dan kentang goreng. Walaupun begitu rasanya tidaklah setanding harganya. Lebih berbaloi kalau ke Nasi Lemak Boss di Ampang atau Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru.
Susun atur lauknya yang pelbagai memang menarik perhatian (dan juga duit dalam wallet anda) tapi cubalah dulu baru dan nilaikan sendiri. Mungkin ianya hebat bagi anda tapi tidak bagi Kal EL.

Wednesday, December 10, 2008

Kisah Penyucian Jiwa Tertangguh Lagi

Assalamu'alaikum. Masih berkesempatan Kal El mengucapkan Salam Aidiladha di hari ke tiga ini. Aidil Adha Kal El yang semamangnya lain sejak 4 tahun lalu dengan ketiadaan ibu, tahun lepas dengan serangan strok dan tahun ini dengan renal failure dan yang paling hampir trajedi di Bukit Antarabangsa. Kal El telah tinggal di sebelah atas tempat kejadian sejak 5 tahun lalu.

Kal El demam sejak beberapa malam sebelum kejadian dan pada malam kejadian Kal El telah tidur begitu lena sejak lepas Maghrib hinggalah tersedar kerana terasa bahang panas jam 5 pagi. Elektrik pun dah putus. Tak mahu kejutkan KN sebab dia kelihatan begitu lena. At the same time along pun sms tanya black out ke? Oleh kerana she was asking the obvious and it was 5 in the morning I chose to answer her sms so much later which I did at 6+ Kal El duduk lah terkebil2 tak tau nak buat ada sambil sekali-sekali terkulai tertido. Sekali-sekalai juga dapat kedengaran bunyi siren pihak berkuasa dan helikopter mundar mandir.

Kami di atas bukit tersebut yang dipisahkan oleh tempat kejadian, seperti di sebuah pulau yang terputus komunikasi. Tak tau apa yang terjadi. Fikir Kal El mungkin ada accident sebab tu banyak siren kedengaran dan elektrik terputus. Kal El tertidur semula.

Jam 7:15 pagi kawan Kal El dari Kedah, Wan call kata ada kejadian rumah runtuh dan seorang maut dan Kal El mula la put pieces together. So Kal El call papa to check kalau-kalau dia tahu apa-apa, rupa-rupanya dia masih di masjid and have not heard anything. He said to wait he'll check. About an hour later he called, katanya ada tanah runtuh berdekatan masjid. 3 buah terlibat. So we both thought ok sekejap je and the roads will be cleared in no time.

KN woke and jumped into action gear to snap photos of the scenes (pasang telinga rupanya hehehe) and wenr to shoot some really valuable pictures. Papa came with Sapit to send us some food supply if we're out of food and was shocked to see it was actually 14 bungalows involved damanging nearly 3 rows of bugalows, in which two was across a two lane road and a monsoon drain.


Only the mosque at the starting of the row and 3 more bungalows at the end of the row were untouched. Seeing this papa began to panic and started asking around how could I be taken out from the hill as I have a dialysis due at 3pm the same day. He finally sneaked behind the rescue teams and walked up hill to my place. KN picked him and Sapit up from there.


I got to know he shocking news from friends who had already called. Along too had dropped by to leave breakfast and told me what happened. She saod that we had to be evacuated. Luckily Sapit and Papa was there to help as I couldn't do much. With the 7 kids we refused to leave (because we do not know how long we had to leave the house). So, in a hurry Kal El masuk saja apa yang sempat dan bergegas bersama papa ke padang permainan Bukit Utama. I was checked by the attending doctor and put on board the hellicopter to HKL. I did a round of dialysis and went home to papa's house.

I don't know what to feel
I feel sad but I couldn't cry
If there were tears it was long dry
I don't really know what to feel
The future's becoming more uncertain
It looks rather bleak and murky
May have to let go the only thing I treasure,
I care most
I burnt the midnight candle so that I enjoy what I have
and make the place a home sweet home for us
To create beautiful memories of a family
All I can do now is keep praying and hoping
For us to return there safely and be merry again

Please pray with us.
Thank you.

Ini Pun Nak Jadi Berita?

Heran la what is so pelik about babi hutan tetiba muncul dari hutan? Bukan ke belakang bukit Mewah. Tepi Impian Selatahan tu sume hutan? Bukan setakat babi hutan, rimau pun silap-silap ada. Kalau dah takde berita sangat nak siar don't la siarkan berita-berita tak bermakna ni.
So what kalau ada babi hutan? Apa maksud dan kaitannya dengan kejadian tanah runtuh tu? Tak silap Kal El siap ada dipasang papan amaran diantara Impian Selatan dan Kyoto Gardens disebelah dikiri jalan agar berhati-hati dengan adanya babi hutan... dah habitat dia...

myMetro » Setempat

Sari Pati: Babi hutan muncul


HULU KLANG: Gempar apabila kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa berhampiran kawasan bencana tanah runtuh di sini, ‘diserang' sekumpulan babi hutan yang muncul secara tiba-tiba bersebelahan sebuah rumah banglo dua tingkat di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, babi hutan berwarna coklat gelap berkenaan didapati muncul berhampiran tapak pembuangan sampah yang terletak hanya 300 meter dari lokasi kejadian tanah runtuh di sini.

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Photo (c) e-Zakat.com.my

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Alangkah rindu rasanya Kal El pada ka'abah, entah bila lah agaknya boleh Kal El dan KN kembali ke sana. InsyaAllah.

Friday, December 5, 2008

Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Masjid Nabawi

Sempena kedatangan Aidil Adha 8hb nanti Kal El ingin menyambung semula cerita perjalanan Kal El ke Tanah Suci bulan August lepas yang terhenti atas sebab-sebab teknikal.

Masjid Nabawi adalag peninggallan Rasulullah SAW yang amat indah. Memang Masjid ini telah ditambah baik dan dibesarkan. Maksud Kal El 'indah' di sini adalah keajabian yang Masjid Nabawi tinggalkan dihati sanubari pengunjungnya. InsyaAllah.

Masjid Nabawi dari perkarangan Hotel Hilton

Kalau di Saudi mapabila masuk ke Masjid, terutama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kadangkala akan ada pemeriksaan beg pengunjung dan kamera akan dirampas. Tapi guards Arab ni ikut mood. Kalau mereka rajin habisla semua beg pun dia check, kalau tiba time depa malas ambil gambar bersahaja depan Ka'abah pun tak ada masalah. So Kal El dan KN bawa camera ke Masjid ini pada waktu Subuh hari terakhir kami di Madinah.

Pintu masuk ke Masjid Nabawi

Seperti yang Kal El pernah katakan dulu, kunjungan ke Madinah ini memang menenangkan hati, menyejukkan jiwa. Tergambar betapa sejuknya hati Rasulullah kita dan pembawakannya sampai ke hari ini.

Kalau Solat Jumaat Maka Akan Terdapat Jemaah
Bersembahyang Hingga ke Pintu Pagar ini


Minaret Masjid Nabawi ini sangat tinggi, dan oleh kerana tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Madinah maka minaret ini mula kelihat kepada para jemaah sejam sebelum tiba di perkarangan Masjid. Manakan tidak, kami tiba di waktu malam dan cahaya indah Masjid Nabawi terpancar dengan kemegahan minaretnya yang kelihatan dari jauh. Sejam sebelum tiba dihotel yang berdekatan dengan Masjid Nabi ini Kal El sudah tidak dapat mempalingkan muka dari arah tingkap bas. Seronok tak terhingga rasanya akan dapat menjejekkan kaki ke situ.

Pandangan Sisi

Di dalam Masjid Nabawi inilah terletaknya makan Nabi Muhammad SAW dan Raudhah, iaitu tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, Kal El dan KN dapat bersembahyang dan memanjatkan doa di situ dan kedatangan kami menjenguk Rasulullah amat licin sekali. Terdapat beberapa tiang yang bersejarah lagi mustajab tempat untuk berdoa di dalam Masjid ini.

Lagi Pandangan Sisi

Di perkarangan Masjid Nabawi adalah Tanah Perkuburan Baqi. Di sinilah mereka yang terpilih disemadikan. Bukan calang-calang orang yang diizinkan Allah mati di Tanah Haram Madinah mahupun Mekah. Alangkah bertuahnya mereka yang diambil nyawa di sana.

Bilakah Kal El Dapat Ke sana Lagi? Rindunya...

Lihatlah keindahan Masjid Nabawi. Memang akan tersentuh sejahat-jahat mana manusia pun (Kal El la tu) tatkala melihatnya. Rasa seperti mahu tersungkur kerana terdapat aura yang tak dapat Kal El gambarkan di sini. Aura keinsafan dan kebanggaan dengan peninggalan Rasul terakhir kira untuk umat-umatnya. Apabila di sini terasa Rasulullah itu amat dekat dan pada sesiapa yang bakal mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah ini, sampaikanlah salam Kal El pada Rasul kita dan jangan lupa memberi salam setiap kali padanya. InsyaAllah.

Thursday, December 4, 2008

Tom Yam Ayam & Sayur

Tom Yam Sayur & Ayam - Makan Bersama Nasi Putih

Kal El masak lagi! Kali ni resipi yang amat simple (dan mengelat) sebab pakai sos/rempah tomyam segera adabi. Sebenarnya bagi pesakit renal failure macam Kal El ni, tak digalakkan makan makanan bersup tapi Kal El teringin la... bukan teringin tomyam yang beli kat kedai tapi tom yam yang Kal El masak sendiri. Boleh ke teringin kat masakan sendiri? Heheheh tak pernah dibuat orang kan?

Sayur Mesti Banyak Baru Best.

Dulu masa mummy, papa dan ka'ngah ke mekah menunaikan haji Kal El selalu la masak tom yam begini untuk Sapit. Zaman-zaman bujang dulu ler, tahun 90an. Senang je, Kal El suka rempah Tom Yam Adabi (yang dalam botol) di campur dengan kiub Tom Yam Knorr. Masukkan bawang satu labu (dipotong besar2) kentang dan carrot (lebihkan carrot) dan potongan ayam boneless. Kalau nak masuk sayur lain pun boleh, ikut suka lah tapi Kal El memang suka carrot kentang dan bawang. Ayam pun sebenarnya Kal El tak minat letak dalam Tom Yam tapi itu untuk KN. Biar mendidih Tom Yam tu dan makan dengan nasi putih... hmmmmm meleleh plak air lior ni... huhuhuh.

Wednesday, December 3, 2008

Delifrance @ Alpha Angle Wanga Maju

Suatu hari sewaktu kami berjalan-jalan di Alpha Angle Wangsa Maju kami singgah di Delifrance untuk menikmati makan tengahari. We ordered the lunch set menu which comprised of a bowl of soup of the day and a small piece of garlic bread (to my liking) and the main dish.

Bowl of Mushroom Soup and Garlic Bread

The soup that day was Mushroom soup and the garlic bread was superb but it was indeed too small - size is everything you know!

Creole Chicken Baked Rice

KN had the Creole chicken Baked Rice. I know I wouldn't like this dish as it is cheese filled and rice? Eurrrgh can't imagine the taste of cheese with rice, just not the right combination for this Malaysian Superman.

Beef Lasagna

While I ordered the beef lasagna - Superbly prepared! This is more my type of food - yummy!

I kinda like the new array of menu Delifrance has. I've tried their Old Style Chicken Pie and it was delicious! They have burgers and beef ribs now. I'd like to one day try their other menus. Check their website for a list of new stuff there!

Tuesday, December 2, 2008

Susuk


Filem susuk tahun 2006 akhirnya masuk panggung pada 7 Ogos 2008 namun Kal El dan KN tak berkesempatan menonton sebab kami sedang sibuk bersiap untuk menunaikan ibadah umrah. Sebenarnya kami tak perasan pun cerita ini yang agak dinantikan oleh Kal El ditayangkan di pawagam, mungkin kerana publisiti yang sedikit atau mungkin ketidakperihatinan Kal El sendiri.


KN terjumpa DVD Susuk ini (original tau) di Ampang Park semasa kami menikmati dinner di Cozy Corner. Tertulis dicover DVD tersebut bahawa filem ini meraih box office RM2.6 juta namun setelah menontonnya ternyata Kal El tak mengerti betapa ramainya umat manusia di Malaysia ini yang mungkin sama rasa tertipu dengan filem yang mempunyai tajuk yang sungguh menarik dan unik ini.


Tidak pernah Kal El tertidur dikala menonton filem bergenre seram tapi berlaku apabila Kal El menonton filem ini. It was just plain boring dan para pelakonnya walaupun nama-nama mereka gah dan popular, alamak... kesian lah! They were stiff and lifeless. Sorry to say this to a Malaysian movie but things could've been better. I suppose banyak yang telah diubah suai menjadikan filem ini tidak menarik langsung untuk Kal El tonton.


Namun begitu, tontonlah sendiri dan nilailaj sendiri filem Susuk ini. Jangan hanya percaya pada penilaian Kal El yang mungkin berat sebelah tapi ini adalah pandangan ikhlas dari Kal El sebagai penonton.

Sinopsis from Glamstarz!

Pengarah: Amir Muhammad, Naeim Ghalili

Pelakon: Ida Nerina, Adlin Aman Ramlie, Diana Rafar, Sofea Jane, Hairie Othman, Noorkhiriah, Aleeza Kassim, Anne Abdullah.

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang.

Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain.

Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan.

Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.

Monday, December 1, 2008

My First Nasi Lemak - Nasi Lemak Superman



Haaa dah 3 hari ni Kal El tayang hasil masakan 'My First' series - percubaan kali pertama memasak berbagai masakan yang Kal El amat teringin sekali nak makan. Memang boleh beli tapi kalau boleh nak makan resipi Ka'ngah dan hasil masakan air tangan dia sendiri. Tapi sebab dia pun tak sihat kan, maka Kal El belajar-belajar la masak sendiri.

Pau Goreng Sambal Superman

Setelah berjaya buat sambal tumis dan pau goreng sambal, makan Kal El melangkah setapak lagi dengan mencuba masak Nasi Lemak. Bagi sesetengah orang Nasi Lemak ni dia masak tiap-tiap minggu, ada yang hari-hari tapi ini adalah kejayaan bagi Kal El yang pertama kali memasaknya. Heheheh buat malu je. Tapi ok la kan, lelaki yang masak... opsss terbocor rahsia jantina Kal EL muahhahaahha rahsia ke?

Nasi Lemak Superman
Clockwise: Serunding Daging, Timun, Ikan Bilis Goreng dan Kacang Goreng Superman

Err...err... malu la... Telur (Rebus) Superman?
Ayam Goreng Superman

Sambal Tumis Superman

So gambar-gambar di atas tu ialah lauk-pauk untuk hari tu, Kal El buat banyak sebab ajak Ka'ngah dan keluarga terdekat untuk merasa masakan lelaki Super ini. Heheheh Ka'ngah kata sedap (kembang kempis la hidung Kal El) Tapi betul la orang kata kalau sendiri masak memang tak lalu nak makan. Penat agaknya. Mana tak, dari malam sebelumnya Kal El sibuk memotong bagai dan paling memenatkan ialah membuang biji cili kering untuk buat sambal tu. Sekarang baru la Kal El tau penat rupanya memasak ni. Selama ni asik oder-oder je Ka'ngah masak itu ini... kalau teringin cakap je pasti Ka'ngah buat untuk anak sedara kesayangannya ini.

Tadaaa! Sepinggan Nasi Lemak Superman!
So lauk hari tu ialah telur rebus, ayam goreng, timun, kacang (terhangus sket), serunding daging dan ikan bilis goreng. Kal El turut hidangkan Pau Goreng Sambal Superman yang telah di frozenkan 2 hari lepas dan juga Ubi Rebus... tapi Ubi Rebus ni kata papa dah masuk air masa belum dicabut dari tanah... huhuh mana la Kal El tau, main beli je kat Jusco tu.

Ubi Rebus Superman Gak

Yang Kal El bangga, Along dan Saput siap bungkus nasi tu bawak balik untuk dinner katanya. Sambal tumis Kal El masak 2 kali dan Nasi Lemak pun 2 kali. Laku la tu hehehehe. Ka'ngah kata Pau Goreng Sambal tu sedap wahhhhh lagi la kembang kempis hidung ni hehehehe.

Nasi Lemak ni memang senang je nak buat:

Here's How:
Sukatan santan (perah sendiri jangan pakai yang instant tak sedap) mengikut jumlah sukatan beras. Kalau 3 pot beras, maka 3 pot santan digunakan. Santan tu plak dipanaskan di periuk berasigan sebelum dicampur ke dalam beras.
Bawang Merah (bukan bombay), Bawang Putih dan Halia (lebihkan semuanya terutama halia supaya bau wangi) di kisar dan dicampurkan sekali.
Masukan garam secukup rasa
Ikatkan daun pandan dan titikkan serai dan sumbat semua dalam rice cooker.
Beres...

Haaa yang lain-lain tu takkan tak reti kan nak buat? Nak kene ajar macamana nak rebus telur gak ke?

Sunday, November 30, 2008

My First Pau Goreng Sambal - Pau Goreng Sambal Superman

Haaa kalau nak tau, ni la dia pau goreng sambal yang Kal El buat tapi shhhh! ada rahsia... pau ni tak jadi hehehe sebabnye? Kal El tengok resipi kat Internet dan Kal El tak tau yang adunan ni tak boleh di simpan dalam fridge. So penat la Kal El menggentel pau sambal ni semalaman dari pukul 8 sampaila pukul 11:30 malam. Bila nak digoreng keesokkan harinya semuanya melekat dan rasanya huk ala.... buruk gila. Yang herannya resipi ni suruh campur minyak, macam buat roti canai plak. Akhirnya... masuk ke tong sampah semuanya!


Pau Goreng Sambal Versi 1 yang Tak Jadi - Kesilapan Teknikal


Tapi Kal El tak putus asa. Beberapa hari lepas tu Ka'Ngah datang rumah dan Kal El minta resipi dari dia. Dah lama Ka'ngah tak buat Pau Goreng Sambal ni. Yang Kal El suka adalah Pau Goreng Sambal yang dijual di kampung Papa di Pontian... Masa kecik-kecik dulu la... dah berkurun lamanya Kal El tak balik sana sebab dah takde sapa pun sana.



Pau Goreng Sambal Versi 2 yang Menjadi -
Happynye! Di Goreng Sedikit dan Sedia untuk Di Frozenkan


Resipi Ka'ngah seperti biasa menjadi dan amat sedap sekali. Rupa-rupanya kalau nak simpan dalam fridge/freezer buat jadi frozen food kene la di goreng sedikit dulu... kalau tak, alamatnya dalam tong sampah la perginya... melekat dan adunan pau tu pun rosak.

Sambalnya Kal El guna yang Kal El masak sehari sebelumnya (lihat entry sebelum ni). Macamana nak buat adunan pau? Senang bangat!



Keratan Rentas Pau Goreng Sambal yang Siap Di Goreng... Yum! Yum!


Here's how:
Campurkan serbuk roti Mauripan ke dalam cawan dengan air (paip yang difilter pun ok. Jangan pakai air sejuk nanti lambat naik) lalu kacau dan biarkan ia naik.
Setelah campuran tadi naik, curahkan pada 500g tepung gandum campur gula dan garam secukup rasa. (see, gula mesti ada hehehe) kemudian gaulkan....
Tambah sedikit air kalau perlu.
Dah sebati bulat-bulatkan adunan tadi. This is the hard part sebab akan melekat-lekat. Sediakan tepung gandum dan sapu pada tapak tangan supaya adunan tak melekat.
Leperkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi, letak sambal di tengahnya dan pujutkan serta jadikannya bulat semula.
Goreng sedikit dan bolehlah disimpan dalam freezer untuk dijadikan frozen food. Nak makan terus goreng la sampai masak... jangan hangus plak ek.


Huhuhuhu terlapar plak tengok masakan sendiri!

Saturday, November 29, 2008

My First Sambal Tumis - Sambal Tumis Superman

Salah satu masakan Ka'ngah yang Kal El teringin sangat ialah sambal tumis. Ka'ngah tahu cara masakan yang Kal El suka... pekat dan berapi! Kal El tak suka kalau sambal tumis cair apatah lagi kalau tak pedas. Dah menjadi tradisi keluarge belah mummy kalau masak pasti letak gula (bukan, kami bukan orang Kelantan tapi asal dari Kukup, Pontian), so sambal tumis ni pedas-pedas manis. (Patut la ada Kencing Manis ek?)

Takut Tengok Minyak Meladung? Boleh Buang...Jangan Risau...


Kal El plan nak buat Pau Sambal Goreng menggunakan sambal tumis ni. Nak buat? Rupa-rupanya senang je buat sambal tumis. Tidak ler Kal El tau selama ni. Kalau tau senang macam ni dah lama Kal El cuba. Thank you Ka'ngah for the recipe. Macam-macam lagi nak cuba ni. Ok la boleh la tahan sedap (huhu puji diri sendiri... ye la KN tak makan pedas so dia tak dapat ler rasa dan memuji makanan Superman dia ni kan heheeh)

Dengan Lighting yang Betul -
Beginilah Warna Sambal Tumis Superman yang dah Masak


Here's how to cook this sambal tumis.
Cili kering (buang biji, sikit sikit ada takpe - takut perut bocor nanti kalau tak buang tapi kalau dah dasar pemalas, tak dapek Kal El nak tolong) - kemudian rebuskan cili kering tu untuk bersihkannya. Tos.
Bawang merah - jangan guna bawang bombay ek
Bawang putih
Blendkan Cili kering, bawang merah dan bawang putih.
Gula - Kal El letak dalam 10 sudu besar untuk 1 paket kecik sambal - dapat la satu tupperware tu
Garam sket

Caranya:
Panaskan minyak (Tips: letak banyak cepat masak, dah masak nanti bolh buang sket minyak dia)- make sure betul-betul panas dan masukkan kisaran cili dan bawang tadi
Masukkan juga gula dan garam (rasa-rasa la masa masak tu nanti, tak cukup tambah lagi)
Goreng dengan sangat lama dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau sambal tu supaya tak hangus. Kalau kaler dia dah agak gelap dari asalnya (bukan gelap hangus ek) maka dah masak ler... make sure masak betul kang sakit perut kang!

Siap! makan dengan roti pun sodap... buat sambal nasi lemak lagi sodap... buat pau goreng sambal pun lagi sodap... makan dengan nasi letak telur rebus pun sodap.....

p/s kalau tertanya-tanya kenapa tak letak ikan bilis... 1. Kal El tak makan ikan 2. sambal tumis ni memang kosong intentionally...

Ok la... Kal EL namakan sambal tumis ni Sambal Tumis Superman... boleh simpan dalam freezer buat dimakan lain kali... heheh untuk orang bujang especially! Selamat mencuba! Ada berani?

Happy Birthday Sapit!

Image (c) imageg.com

To my dearest brother who turns 22 today, Happy Birthday dear bro. Even though our age gap is tremendous, we rock together. Thanks for everything. Thanks for the love and care. Allah bless you always.

Friday, November 28, 2008

Nandos KLCC Bersama Intan

KN and I ngan my sister in law Intan were at Nandos KLCC for dinner one day. I love going to Nandos for their tasty Peri-peri sauce - of course yang paling sedap is their Garlic Sauce and the Hot Flaming Sauce.
Per-peri Sausage

Since Intan was on diet, she ordered the Peri-peri Sausage - not bad tasting and filling too (according to her lah, my tummy don't think so).

1/4 Chicken with Coleslaw and Fries

I of course ordered the Falimg Hot 1/4 Chicken with Fries and Coleslaw as the side dishes - memang every time datang sini ini lah yang Kal El akan order plus dashes of their yummy Peri-peri sauce. Nasib baik lah dorang letak sebotol kat situ (one time they sorta kedekut with the sauce and I ended up not going to Nando's anymore tapi now dah ok dah) Usually I would order Rice as the sideline tapi hari tu entah kenapa teringin makan fries plak, takmo makan nasi kot - diet la konon. This dish came in a set; a bowl of Mushroom soup and a glass of carbonated (from the fountain, refillable) drink. Tapi kan cakap pasal refillable drinks kat Nando's ni, mana-mana Nando's Kal El pegi memang susah gila nak mintak refil air dia.

CHicken Kebab with Rice and Potato Salad

KN on the other hand had the Chicken Kebab with 2 Sidelines. Here KN ordered Rice and Potato Salad as the sidelines. Forgot to ask KN whether it was nice or otherwise.


Here's a photo of the Peri-peri sauce I love so much... siap beli bawak balik tu tapi tak tau nak makan ngan apa pulak.. hehehe.

Popular Posts

Syahr El's Labels

Dining Out (107) Enjoying Life (55) My Friends (55) Being Malaysian (53) Being A Diabetic (47) Being Half Superman (45) The Blood Sucking Sicko Company (44) Movies (43) My Beloved Family (37) Stuff from the Internet (31) Loving Sheila Majid (30) Community Reminders (29) Renal Failure (26) Home Cooked Meals (23) OKU (22) Ramadhan (21) Jogja and Solo (17) Bukit Antarabangsa (16) Toys and Gadgets (14) Emotions (13) Bangkok (10) Phuket (10) Bali (9) Kota Kinabalu (9) Umrah (9) Andalusia Travel n Tours (8) Intense Continuous Torture (8) Chili's (6) Opportunities (6) Signature Foodcourt KLCC (6) Theathres (6) Hillside Corner Bukit Antarabangsa (5) Supernatural Encounters (5) Cozy Corner/House (4) MRSA (4) Photography (4) Puti Bungsu Batam (4) The Eye Company (4) Brunei Darussalam (3) Cherating (3) Dunkin' Donuts (3) Ikea (3) Janda Baik (3) Kampung Baru (3) Kanna Curry House (3) KruaThai Restaurant (3) Makassar Sulawesi (3) Old Town White Coffee (3) Singapore (3) Tony Roma's (3) Anuar Zain (2) Bubba Gump Shrimp Co. (2) Cafe Milano KLCC (2) Genting Highlands (2) Krispy Kreme (2) Laksa Shack (2) Medan (2) Nandos (2) Paddington House of Pancakes (2) Points to Ponder (2) Sri Paandi (2) Steven's Corner Banan Leaf Restaurant (2) Apam Balik Aba Ee (1) Asam Pedas Melaka AEON Setiawangsa AU2 (1) Australia (1) Black Canyon Coffee (1) Bora Ombak (1) Boston Jusco AU3 (1) Bumbu Desa (1) Carl's Jr. (1) Chawan Bangsar (1) Chee Meng Chicken Rice (1) Delifrance (1) Diabetivc (1) Djeumpa Restaurant (1) Dome KLCC (1) Dominos Pizza (1) Dreams (1) Fruitland AEON Setiawangsa AU2 (1) Garden Cafe (1) Glitters Cafe GSC Pavilion (1) Grand Seasons Hotel (1) Hainan Street Cafe (1) Hard Rock Cafe (1) Hartz Chicken Buffet (1) Heart Failure (1) Home Town Yong Tau Foo (1) House (1) Hui Masakan Cina Muslim (1) Ice Room (1) J.Co Donuts (1) Jakarta (1) KL Convention Centre Food Court (1) Keretapi Tanah Melayu (1) Kopi Oh (1) Lanna Thai The Garden's FoodGarden (1) Lecka-lecka Ice Cream (1) London Fish Tales Signatures KLCC (1) Lung Abscess (1) Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor (1) Mama Nyonya The Curve (1) Mathai's House of Curries (1) McDonalds (1) Nabila Corner (1) Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (1) Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam (1) Nasi Daun Pisang Batu Caves (1) Nasi Lemak Adik (1) Nasi Lemak Antarabangsa (1) Nasi Lemak Boss Ampang (1) Nasi Lemak Sulaiman Court (1) Octopus Susih Wangsa Walk (1) On The Run Cafe (1) Pasar Malam (1) Penang (1) Pizza Hut (1) Pizza Papa John's Times Square (1) Planet Hollywood (1) Poetry (1) Port Dickson (1) Putrajaya Lake Club (1) Rahsia Bistro (1) Restoran AJ Masakan Melayu Johor (1) Restoran Bismilah (1) Restoran D'Templer (1) Restoran Haji Tapah (1) Restoran Syed (1) Roadhouse Grill (1) SOCSO (1) Sakura Kristal (1) San Francisco Coffee (1) Satay Kajang Haji Samuri (1) Secret Recipe Wangsa Walk (1) Siem Reap (1) Sins (1) Starlight Cinema (1) Station Kopitiam (1) Teppanyaki (1) The Canteen Room (1) Thurkah's Banana Leaf Rice (1) Unit Trust (1) Universal Studios Singapore (1) Very Thai Times Square KL (1) Victoria Station (1) Vienna Bagels (1) Vivo American Pizza and Panini (1) Warisan JasaMedik (1) Williams PJ (1) Yellow Cab Pizza (1) Yoshinoya (1) hantu (1) iCTLT (1) st (1)
Blog Widget by LinkWithin