Thursday, December 25, 2008
Merry Christmas
Sunday, December 14, 2008
Yoshinoya, KLCC SIgnatures Food Court
Another nice eating place kat Signature Food Court in KLCC is Yoshinoya Stall. I haven't tried the main dishes here (Serving Japanese Food duh!) but I've tries the Fried Dumpling (kalau tak silap namanya). Gerainya berhampiran Nasi Lemak Adik dan bersebelahan dengan Kyros Kebab dan Western Food di Signatures Food Court KLCC (Going up the excalator, it's on your right). Boleh tahan, Kal El sukakan rasanya - considering that I am not really into Japanese Food kan- kira boleh lah!
Friday, December 12, 2008
Nasi Tomato @ Bukit Antarabangsa Stall
Salah satu yang menarik kat puncak Bukit Antarabangsa ialah Nasi Tomato ini yang dijual di sebelah malam berdekatan dengan 7 Eleven. Dia bukan di kedai tetapi sebuah gerai bersebelahan gerai burger di kanan 7E dan kedai elektrik/lampu di Bukit Antarabangsa.
Kal El suka akan rasa Nasi Tomato ini, sedap lauk ayamnya dan acar pencak memang padan dengan rasa Nasi dan lauknya. Di gerai tersebut ada juga menjual Nasi Lemak tapi Kal El lebih gemarkan Nasi Tomato ni. Cubalah!
Thursday, December 11, 2008
Nasi Lemak Adik, KLCC SIgnatures Food Court
Inilah dia rupa nasi lemak paling mahal pernah Kal EL makan. Percaya atau tidak it costs me RM12.60 for this plate of nasi lemak. Lauknya daging rendang, sambal tumis, telur rebus sebiji, bergedel dan kentang goreng. Walaupun begitu rasanya tidaklah setanding harganya. Lebih berbaloi kalau ke Nasi Lemak Boss di Ampang atau Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru.
Susun atur lauknya yang pelbagai memang menarik perhatian (dan juga duit dalam wallet anda) tapi cubalah dulu baru dan nilaikan sendiri. Mungkin ianya hebat bagi anda tapi tidak bagi Kal EL.
Wednesday, December 10, 2008
Kisah Penyucian Jiwa Tertangguh Lagi
Ini Pun Nak Jadi Berita?
Sari Pati: Babi hutan muncul
HULU KLANG: Gempar apabila kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa berhampiran kawasan bencana tanah runtuh di sini, ‘diserang' sekumpulan babi hutan yang muncul secara tiba-tiba bersebelahan sebuah rumah banglo dua tingkat di sini.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, babi hutan berwarna coklat gelap berkenaan didapati muncul berhampiran tapak pembuangan sampah yang terletak hanya 300 meter dari lokasi kejadian tanah runtuh di sini.
Monday, December 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Alangkah rindu rasanya Kal El pada ka'abah, entah bila lah agaknya boleh Kal El dan KN kembali ke sana. InsyaAllah.
Friday, December 5, 2008
Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Masjid Nabawi
Masjid Nabawi adalag peninggallan Rasulullah SAW yang amat indah. Memang Masjid ini telah ditambah baik dan dibesarkan. Maksud Kal El 'indah' di sini adalah keajabian yang Masjid Nabawi tinggalkan dihati sanubari pengunjungnya. InsyaAllah.
Kalau di Saudi mapabila masuk ke Masjid, terutama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kadangkala akan ada pemeriksaan beg pengunjung dan kamera akan dirampas. Tapi guards Arab ni ikut mood. Kalau mereka rajin habisla semua beg pun dia check, kalau tiba time depa malas ambil gambar bersahaja depan Ka'abah pun tak ada masalah. So Kal El dan KN bawa camera ke Masjid ini pada waktu Subuh hari terakhir kami di Madinah.
Seperti yang Kal El pernah katakan dulu, kunjungan ke Madinah ini memang menenangkan hati, menyejukkan jiwa. Tergambar betapa sejuknya hati Rasulullah kita dan pembawakannya sampai ke hari ini.
Minaret Masjid Nabawi ini sangat tinggi, dan oleh kerana tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Madinah maka minaret ini mula kelihat kepada para jemaah sejam sebelum tiba di perkarangan Masjid. Manakan tidak, kami tiba di waktu malam dan cahaya indah Masjid Nabawi terpancar dengan kemegahan minaretnya yang kelihatan dari jauh. Sejam sebelum tiba dihotel yang berdekatan dengan Masjid Nabi ini Kal El sudah tidak dapat mempalingkan muka dari arah tingkap bas. Seronok tak terhingga rasanya akan dapat menjejekkan kaki ke situ.
Di dalam Masjid Nabawi inilah terletaknya makan Nabi Muhammad SAW dan Raudhah, iaitu tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, Kal El dan KN dapat bersembahyang dan memanjatkan doa di situ dan kedatangan kami menjenguk Rasulullah amat licin sekali. Terdapat beberapa tiang yang bersejarah lagi mustajab tempat untuk berdoa di dalam Masjid ini.
Di perkarangan Masjid Nabawi adalah Tanah Perkuburan Baqi. Di sinilah mereka yang terpilih disemadikan. Bukan calang-calang orang yang diizinkan Allah mati di Tanah Haram Madinah mahupun Mekah. Alangkah bertuahnya mereka yang diambil nyawa di sana.
Lihatlah keindahan Masjid Nabawi. Memang akan tersentuh sejahat-jahat mana manusia pun (Kal El la tu) tatkala melihatnya. Rasa seperti mahu tersungkur kerana terdapat aura yang tak dapat Kal El gambarkan di sini. Aura keinsafan dan kebanggaan dengan peninggalan Rasul terakhir kira untuk umat-umatnya. Apabila di sini terasa Rasulullah itu amat dekat dan pada sesiapa yang bakal mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah ini, sampaikanlah salam Kal El pada Rasul kita dan jangan lupa memberi salam setiap kali padanya. InsyaAllah.
Thursday, December 4, 2008
Tom Yam Ayam & Sayur
Dulu masa mummy, papa dan ka'ngah ke mekah menunaikan haji Kal El selalu la masak tom yam begini untuk Sapit. Zaman-zaman bujang dulu ler, tahun 90an. Senang je, Kal El suka rempah Tom Yam Adabi (yang dalam botol) di campur dengan kiub Tom Yam Knorr. Masukkan bawang satu labu (dipotong besar2) kentang dan carrot (lebihkan carrot) dan potongan ayam boneless. Kalau nak masuk sayur lain pun boleh, ikut suka lah tapi Kal El memang suka carrot kentang dan bawang. Ayam pun sebenarnya Kal El tak minat letak dalam Tom Yam tapi itu untuk KN. Biar mendidih Tom Yam tu dan makan dengan nasi putih... hmmmmm meleleh plak air lior ni... huhuhuh.
Wednesday, December 3, 2008
Delifrance @ Alpha Angle Wanga Maju
The soup that day was Mushroom soup and the garlic bread was superb but it was indeed too small - size is everything you know!
KN had the Creole chicken Baked Rice. I know I wouldn't like this dish as it is cheese filled and rice? Eurrrgh can't imagine the taste of cheese with rice, just not the right combination for this Malaysian Superman.
While I ordered the beef lasagna - Superbly prepared! This is more my type of food - yummy!
I kinda like the new array of menu Delifrance has. I've tried their Old Style Chicken Pie and it was delicious! They have burgers and beef ribs now. I'd like to one day try their other menus. Check their website for a list of new stuff there!
Tuesday, December 2, 2008
Susuk
Filem susuk tahun 2006 akhirnya masuk panggung pada 7 Ogos 2008 namun Kal El dan KN tak berkesempatan menonton sebab kami sedang sibuk bersiap untuk menunaikan ibadah umrah. Sebenarnya kami tak perasan pun cerita ini yang agak dinantikan oleh Kal El ditayangkan di pawagam, mungkin kerana publisiti yang sedikit atau mungkin ketidakperihatinan Kal El sendiri.
KN terjumpa DVD Susuk ini (original tau) di Ampang Park semasa kami menikmati dinner di Cozy Corner. Tertulis dicover DVD tersebut bahawa filem ini meraih box office RM2.6 juta namun setelah menontonnya ternyata Kal El tak mengerti betapa ramainya umat manusia di Malaysia ini yang mungkin sama rasa tertipu dengan filem yang mempunyai tajuk yang sungguh menarik dan unik ini.
Tidak pernah Kal El tertidur dikala menonton filem bergenre seram tapi berlaku apabila Kal El menonton filem ini. It was just plain boring dan para pelakonnya walaupun nama-nama mereka gah dan popular, alamak... kesian lah! They were stiff and lifeless. Sorry to say this to a Malaysian movie but things could've been better. I suppose banyak yang telah diubah suai menjadikan filem ini tidak menarik langsung untuk Kal El tonton.
Namun begitu, tontonlah sendiri dan nilailaj sendiri filem Susuk ini. Jangan hanya percaya pada penilaian Kal El yang mungkin berat sebelah tapi ini adalah pandangan ikhlas dari Kal El sebagai penonton.
Sinopsis from Glamstarz!
Pengarah: Amir Muhammad, Naeim Ghalili
Pelakon: Ida Nerina, Adlin Aman Ramlie, Diana Rafar, Sofea Jane, Hairie Othman, Noorkhiriah, Aleeza Kassim, Anne Abdullah.
Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang.
Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain.
Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan.
Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
Monday, December 1, 2008
My First Nasi Lemak - Nasi Lemak Superman
Setelah berjaya buat sambal tumis dan pau goreng sambal, makan Kal El melangkah setapak lagi dengan mencuba masak Nasi Lemak. Bagi sesetengah orang Nasi Lemak ni dia masak tiap-tiap minggu, ada yang hari-hari tapi ini adalah kejayaan bagi Kal El yang pertama kali memasaknya. Heheheh buat malu je. Tapi ok la kan, lelaki yang masak... opsss terbocor rahsia jantina Kal EL muahhahaahha rahsia ke?
Popular Posts
-
It was an exciting night - yep, especially after not going to the movies for a very long while - our last was GI Joe for the department'...
-
Aha! Seronok gila dapat hadiah buckle Superman emblem ni... mana lagi aku dapat kalau tak KN kasi hadiah... kalau begini hari-hari dapat had...
-
Nope, mata anda tak salah melihat. Memang gambar menunjukkan tahun 1971. Bukan Syahr El nak ke belakang tapi sebagai ingatan kepada poster ...
-
Memang lumrah hidup kita dikelilingi oleh makhluk Allah yang berbagai, Ada manusia yang berbagai perangai dan rupa dan ada juga makhluk ghai...
-
This movie is an ultimate Werewolf classic - I've watched it a million times and I am still amazed at the technology back then. My favou...
-
Another movie KN and I watched recently was Tali Pocong Perawan. We bought this DVD quite a while ago but did not watch it until I was feeli...
-
I disappeared yet again but it wasn't yet time for me to go. I had been sick(er) these past couple of weeks and thought that I would...
-
Bila makan apam balik Aba Ee kat depan surau lama Bukit Antarabangsa ni macsm rasa nak buat ucapan "oh lihatlah dunia!" macam Se...
-
Ha... makanan ni la yang Kal El paling gemar... gaul-gaul, kasi banjirrrrr heheheheh patutlah arwah bonda Kal El suruh Kal El kawen ngan per...
-
You'll Enjoy Mr. Barlow and He'll Enjoy You Salem's Lot was perhaps the starting point of my love for horror movies. I have watc...