Sempena hari ibu yang jatuh pada hari ini, Kal El ingin mengucapkan
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu.
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu.
Bagi anak-anak yang masih mempunyai seseorang yang bergelar ibu, tunjukkanlah rasa kasih sayang yang lebih padanya pada hari ini. Kal El pasti bukan hadiah istimewa atau yang mahal yang sang ibu nantikan tapi hanyalah masa yang diluangkan untuknya pada hari ini. Bagi yang jauh, telefonlah ibu anda dan spend a little more to speak to her longer today. Kita tidak tahu bila ibu kita akan pergi meninggalkan kita buat selamanya.
Bagi yang sudah tidak beribu seperti Kal El, perbanyakkanlah doa untuknya pada hari ini terutamanya. Ingatlah setiap detik mesra dan bahagia dan juga pengorbanan ibu anda untuk anda selama ini. Tapi alhamdulillah walaupun ibu kandung Kal El telah tiada, Kal El masih punya ibu saudara yang amat Kal El sayang dan hargai yang turut telah banyak berkorban untuk Kal El dan keluarga sepanjang Kal El di muka dunia ini. Untuk Ka'ngah, Selamat Hari Ibu dan untuk Mak di Shah Alam, Kal El ucapkan Salam Sayang dan terima kasih kerana mengizinkan Kal El menumpang kasih sayang selama 7 tahun ini. Untuk Along, kakak Kal El, seorang ibu tunggal, tabahkanlah hati dan kuatkanlah semangat. Kal El doakan agar kalian bahagia dunia dan akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment