Setelah sekain lama kami tidak menjejakkan kaki ke Istana Budaya, sempena merdeka tahun ini kami kembali. Sebenarnya inilah rutin Kal El bersama arwah ibu, setiap kali menjelang hari Kemerdekaan Malaysia, kami akan pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater yang dianjurkan sempena hari kebangsaan. Seingat Kal El, arwah mummy memang seorang yang patriotik dan kami akan sama-sama mengalirkan air mata di saat lagu kebangsaan Malaysia, NegaraKu dimainkan. begitu juga semasa Teater Muzikal Tun Abdul Razak ini, Kal El telah menitiskan air mata dipermulaan teater apabila NegaraKu dimainkan. Bukan hanya kerana tersentuh akan rasa patriotisme terhadap negara tetapi juga kerana terkenangkan memori indah bersama arwah mummy.Teater Muzikal Gema Merdeka ini adalah hasil arahan Dato' Rahim Razali dan dibintangi oleh Fauziah Latiff sebagai Toh Puan Rahah dan Rashidi Ishak sebagai Allahyarham Perdana Menteri Malaysia yang Ke dua, Tun Abdul Razak. Pementasan muzikal yang turut dijayakan pelajar dan graduan ASWARA ini memetik kisah kehidupan Tun Abdul Razak sejak dibangku sekolah sehinggalah di saat kembalinya ke rahmatullah.
Secara keseluruhannya, Kal El sukakan penataan muzik dalam teater ini. Lagu-lagunya sedap dan ditambah lagi dengan bakat penyanyi-penyanyi muda dari barisan ASWARA dan juga kehadiran professional seperti Fauziah Latif, memang menghasilkan satu pementasan yang menakjubkan.

Tapi alagkah baiknya dan akan lebih natural jika Rashidi Ishak didampingkan dengan isterinya sendiri - Vanidah Imran, yang pada pendapat Kal El juga seorang penggiat teater yang berkemampuan. Bukan Kal EL mengatakan Fauziah Latiff tidak hebat tapi adalah lebih cocok jika Rashidi Ishak digandingkan dengan isterinya terutamanya bagi babak-babak yang memerlukan intimasi heheheh takde la nak pegang pun takut-takut dan kekok.
Malangnya terdapat beberapa babak (seperti babak pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia) yang terlalu elaborate yang sepatutnya boleh digantikan dengan babak-babak lebih menarik yang lain. Namun, Teater Muzikal Tun Abdul Razak ini masih boleh dibanggakan dan mampu dikatakan menemui kejayaan menyampaikan maksud patrotisme 1 Malaysia yang cuba dihidupkan kembali anakanda Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kini, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Syabas!

No comments:
Post a Comment