Bercakap pasal OKU parking ni kadang-kadang Kal El free aja dapat dosa. Mana tidaknya menyumpah orang-orang bukan OKU yang pemalas dan mengambil jalan mudah meletak kenderaan di petak yang di khaskan untuk golongan kurang upaya. Agaknya mereka ini dah kemaruk teringin sangat nak cacat kot?
Oleh kerana golongan yang mementingkan diri sendiri ni, golongan yang dah sememangnya underprivileged seperti Kal El yang mendapat tetap susah. Tempat parking OKU ditutup untuk memgelakkan bukan OKU meletakkan kenderaan mereka di sana. Jadi bila si OKU yang sebenarnya datang, terpaksa la call security yang phonenya kadangkala tak berjawab, jadi terpaksa berpusing satu bangunan mencari kalau-kalau terjumpa security guard. Ataupun OKU terpaksa park tempat biasa. bukan tak boleh tapi seperti Kal El yang berkerusi roda ni, maunya nak muat celah-celah kenderaan lebih-lebih lagi kalau diletak rapat-rapat. Maunye tak calar kereta orang nanti.
Contohnya seperti semasa Kal El di Mines tengahari tadi sehingga terpaksa berpusing turun naik beberapa kali untuk mencari guard yang boleh membuka rantai penghadang yang dimangga. Ada dipapar nombor telefon sekuriti tetapi tidak berjawab. Mujurlah berjumpa tetapi masa dan minyak telah dibazirkan berpusing mencari guard tersebut.
Dah la kami ni kurang upaya disusahkan lagi dengan benda remeh-temeh begini hanya kerana segolongan manusia yang tidak bertamadun dan berhemah serta mementingkan diri sendiri. Ada ke patut? SO bagi yang terbaca entry ni dan anda bukan seorang OKU, jangan-janganlah ambil petak tempat kereta OKU kerana ingatlah, doa orang-orang teraniaya tu dimakbulkan Tuhan.
No comments:
Post a Comment