Rencana ini dipetik dari sebuah email yang Kal El terima mengajak kita melakukan kebaikan. InsyaAllah marilah sama-sama kita memperbanyakkan sedekah mudah-mudahan rezeki kita diberkati dan dilipatgandakan olehNya. Tentang kebaikan bersedekah (dan berzakat) ini memang telah terbukti terutama pada ayahanda Kal El yang walaupun kerap dalam kesusahan dan kesempitan tetap tidak meninggalkan ibadah zakatnya. Tatkala beliau sendiri memerlukan Alhamdulillah Allah sentiasa membantu dengan rezeki yang tak pernah putus. InsyaAllah.
Allah Berfirman:
“Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah itu melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui.” (al-Baqarah (2): 261)
Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merupakan salah sebuah institusi berdaftar yang mejadi penanung dan pelindung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar diseluruh negara. Selain meyalurkan derma dan zakat anda kepada pusat-pusat zakat di seluruh negara, anda juga boleh terus beramal dengan anak-anak yatim ini. InsyaAllah apa yang dibelanjakan untuk mereka adalah pelaburan kita dihari mendatang (bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga) - Klik pada link Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ini untuk ke laman web mereka.
Nota: Selain Yayasan ini, Kal El yakin terdapat banyak lagi tempat-tempat yang memerlukan yang tidak Kal El sebutkan.
Allah juga Berfirman:
“Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.”(Al-Taubah (9): 103)
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment