Gambar taken from here
Sheila bergelar Datuk
Oleh Zaitie Satibiam@hmetro.com.my
KUANTAN: Ketika industri hiburan tanah air berkocak dengan isu penganugerahan gelaran ‘Datuk’ oleh kerajaan Melaka kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan sehingga mengundang kekesalan ramai penggiat seni tempatan, pengurniaan anugerah dari kerajaan Pahang yang memberi gelaran sama kepada penyanyi, Sheila Majid, sekurang-kurangnya membawa khabar gembira.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu jazz dan soul itu antara 90 penerima Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) juga membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-78, hari ini.
Sementara itu, tiga menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen; Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob antara 20 penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah yang sama, Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Aziz Jaafar; Ketua Pengarah, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Munit Kasmin...
More HERE
No comments:
Post a Comment