Benarkah kasih sayang adik beradik itu lebih jitu daripada sayang kawan-kawan sehinggakan timbul peribahasa Air Kalau Dicincang Takkan Putus - itu hanya mungkin mengatakan tentang pertalian darah tapi bukan semestinya kasih sayang yang patut datang bersamanya.
Kal El tak menafikan kasih sayang ibu bapa, dan dalam kes Kal El seorang yang bukan ibu (makcik) tapi kasihnya pada Kal El lebih dari seorang yang melahirkan Kal El. Kasih sayang mereka dapat Kal El rasa dan mungkin itu yang pentingnya. Namun, di kala si Ibu telah kembali ke rahmatullah dan si Ayah sudah tua tidak berdaya dan si Makcik pula berkerusi roda, siapa lagi yang patut Kal El harapkan dikala Kal El memerlukan?
Sudah tentu pada adik beradik; Kakak dan Adik yang Kal El ada.
Ya, kami hanya bertiga tapi terlalu ketara sikap engkau-engkau, aku-aku dalam diri kami. Masing-masing dengan hal sendiri sampaikan Kal El merempat dalam hospital selama lebih 3 bulan ni tidak dihiraukan. Malah boleh kira dengan jari Kal El yang tak cukup satu ni berapa banyak kali mereka datang melawat Kal El di hospital, apatah lagi membantu menjaga Kal El?
Kal El kecewa, jika dahulu Kal El percaya dalam menempuh masalah, adik beradik dululah yang patut Kal El minta pertolongan dahulu tapi kini tidak lagi. Mereka bagai semakin jauh dengan sikap tidak kepedulian mereka. Agaknya mereka malu punya adik beradik cacat seperti Kal El, seorang Superman yang hanya Super di dalam hatinya tapi tidak secara fizikal. Mungkin sebab Kal El mungkin kehilangan pekerjaan dan bukan lagi lubuk untuk mereka meminjam wang (khas untuk kakak ku) atau mungkin mereka terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri, kawan-kawan mereka, anak mereka, bekas suami mereka, atau apa saja angan-angan yang mereka ingin capai dalam hidup sehingga mengabaikan si cacat ini.
Kal El bukan terlalu mengharapkan kasih sayang mereka tapi hampa dengan sikap mereka, Si Adik tak pernah bertanya khabar dan kalau bukan untuk membawa si Makcik yang berkerusi roda melawat abangnya, hilang khabar berita entah hidup entah mati, Kal El pun tak tahu. SMS yang amat murah kosnya kini pun tak pernah berhantar bertanya khabar. Sesekali bila datang menjenguk bersama si Makcik berkerusi roda, mukanya masam mencuka seperti terpaksa. Hati mana yang tak sayu melihat adiknya begitu?
Si Kakak pula rajin bertanya khabar melalui SMS walau amat jarang sekali datang menjenguk tapi soalan yang ditanya amat menyakitkan hati seperti "Kau sihat?" 'Huh, kalau aku sihat aku dah balik rumah" jawabku dalam hati. Dan bila Kal El dirumah pun walaupun dia tinggal amat berdekatan amat jarang sekali menjenguk dan bertanya khabar. Alasannya Kal El tak beri dia kunci rumah. Hmmm buat apa nak beri kunci rumah pada semua orang? Tidak cukupkah si Ayah ada menyimpan satu set? Dan kalau menghubungi melalui SMS atau telefon pun pasti pada hujung-hujung bulan bila dia kesempitan wang.
Kal El meluahkan hati disini dengan harapan kesedihan hati ini dapat dipujuk, bukan mengaibkan sesiapa dan bukan membemci sesiapa. Kasih sayang Kal El pada mereka masih utuh dan tak mungkin Air Yang Dicincang Akan Putus...
3 comments:
hi kal el,
saya doakan kal el semakin sihat dan keadaan menjadi semakin ok.
bila saya baca blog kal el, menitik air mata saya. betapa tabah kal el menghadapi semua dugaan ini.
moga Tuhan terus memberi kekuatan dalam diri kal el.
catz
Alhamdulillah Catz saya semakin sihat dan bertambah gemuk heheheh. Harapan saya agar Catz juga dalam keadaan sejahtera ya. Apa yang berlaku pada diri Kal El semuanya Kal El redha sebagai pemberian dan ujian dari Allah SWT. Moga dengan apa yang berlaku akan menjadikan Kal El seorang yang lebih baik di masa hadapan.
Assalamualaikum....saya baru jumpa blog ini...hari ni secara kebetulan....Ya! Sayalah kakak Kal El yang dimaksudkan sebagai.........."Mungkin sebab Kal El mungkin kehilangan pekerjaan dan bukan lagi lubuk untuk mereka meminjam wang (khas untuk kakak ku)" &
Si Kakak pula rajin bertanya khabar melalui SMS walau amat jarang sekali datang menjenguk tapi soalan yang ditanya amat menyakitkan hati seperti "Kau sihat?" 'Huh, kalau aku sihat aku dah balik rumah" jawabku dalam hati. Dan bila Kal El dirumah pun walaupun dia tinggal amat berdekatan amat jarang sekali menjenguk dan bertanya khabar. Alasannya Kal El tak beri dia kunci rumah. Hmmm buat apa nak beri kunci rumah pada semua orang? Tidak cukupkah si Ayah ada menyimpan satu set? Dan kalau menghubungi melalui SMS atau telefon pun pasti pada hujung-hujung bulan bila dia kesempitan wang.................Saya (kakak arwah) tak nak komen apa2 tentang statement arwah...cuma saya nak perbetulkan bbrp hal...saya maafkan arwah dunia juga akhirat atas aib yang saya terima... Mmg mudah kita disalahkan tetapi Hanya Allah SWT yg tahu kebenaran di atas setiap kejadian....minta maaf sekiranya saya dan adik saya yang bongsu, dianggap adik-beradik yg kejam bg arwah.... Hanya Allah yg tahu siapa yg menjauhkn diri dari siapa dahulu, dan siapa yang mengenepikan kami sekeluarga dahulu...dan kenapa ianya berlaku.....Ia melibatkn byk pihak dan byk hati yg telah terguris....Dan semua terjadi ada sebab musababnya... Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh arwah Syahrel bin Aziz...Amiin
Post a Comment