Roy & Mahid
Syahr El telah berpeluang menemui dua-rakan karib; Mahid dan Roy di Chili's KLCC beberapa minggu lalu. Mereka berdua telah Syahr El kenal selama 17 tahun sejak kami belajar di Pusat Pendidikan Persediaan, Institut Teknologi MARA (PPP/ITM) di Seksyen 17 Shah Alam. Mahid dan Syahr El, we were roomates for about three years semasa kami tinggal di blok 17 di asrama Seksyen 18 Shah Alam. Roy pula tinggal di tingkat bawah bilik kami. Syahr El dan Roy juga pernah tinggal bersama semasa sesi practical kami di Sekolah Menengah Seksyen 18 dan tinggal bersebelahan bilik di tahun akhir kami di Kamsis B UKM. I wish that many more of our best friends were there that day; Shazril Helmi, Wan Irham and Azzuhri - these are my best boyfriends and we have gone through most of our early adulthood together.
I love these people so much. Mereka ni dah macam adik beradik Syahr El sendiri. Banyak rahsia Syahr El yang kami kongsi bersama dan banyak juga susah senang yang kami lalui bersama. Tetapi tidak dinafikan yang persahabatan kami memang sesuatu yang menyeronokkan, terutamanya semasa kami tinggal bersama di Seksyen 18 Shah Alam dahulu.
Kawan-kawan karib Syahr El ini semuanya berjaya dalam hidup dan bidang mereka, alhamdulillah syukur pada Allah yang kami semua dapat menikmati kesenangan hidup atas rezeki yang diberiNya.
Shazril, kawan paling rapat semasa di PPP dulu, beliaulah orang pertama yang Syahr El tegur dan bercakap semasa sesi pendaftaran di PPP tahun 1993 dulu. Dan lebih menarik lagi kami telah ditempatkan di bilik yang sama. Beliau kini bertugas di Bangkok selama 3 tahun.
Wan Irham pula ialah satu-satunya rakan dalam kumpulan kami yang telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Beliau bersama isterinya Shafinah sedang meneruskan pengajian untuk Doktor Falsafah (PhD) di Kuala Lumpur. Mereka berdua adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA di Sungai Petani.
Roy pula sedang bertugas di Universiti Kuala Lumpur dan telah memenangi Anugerah Pendidikan baru-baru ini dari UniKL. Roy ialah seorang ahli sukan dalam bidang yang handal badminton, basketball dan bowling (Hmmmm semuanya bermula dengan huruf B heheheh)
Mahid pula adalah seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi di Labuan. Mahid ni very special orangnya kerana dia sentiasa happy. Tak pernah menunjukkan dirinya sedang mengalami sebarang masalah dan sentiasa ceria. Oleh kerana kami berkongsi bilik di PPP selama 3 tahun dulu, banyak rahsia Syahr El yang dikongsikan bersama Mahid sehingga kini.
Azzuhri pula ialah sahabta karib Roy. Mereka selalu kelihatan bersama semasa di Universiti dulu. Azzuhri juga seperi Mahid, selalu ceria dan tak pernah menunjukkan jika dia ada masalah. Azzuhri adalah satu-satunya rakan kami yang menjadi guru sekolah menengah dan kini berkhidmat di Kota Kinbalu.
Harapan Syahr El agar persahabtan kami ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Mereka inilah sahabat sejati yang boleh diharap dalam susah dan senang. Mereka selalu mengambil berat tentang diri Syahr El dan rajin bertanya khabar, terutamanya Mahid yang kerap berhubung melalui SMS walaupun dia jauh di Labuan.
Untuk Shazril, Wan, Mahid, Roy dan Zurry, terima kasih atas pesahabatn selana 17 tahun ini. Syahr El amat sayangkan kalian.
Pada hari tersebut kami berbual sakan sambil makan tengahari bersama. Thanks to Roy and Mahid sebab belanja Syahr El dan Amir sempena hari jadi Syahr EL yang ke 35. Kami telah berkongsi berbagai cerita tentang kehidupan kami yang terkini.
Sebagai starters kami telah berkongsi memesan Wings Over Buffalo (first photo). I ordered the Suthwesterm Quesadilla (third photo). Ok la rasa dia, somewhat like Nachos juga. Amir ordered his usual Country Fried Chicken (second photo) while Roy ordered the Fajita Trio (fourth photo). Mahid pula ordered Mushroom Jack Fajitas (last photo). Mahid's mushrooms looked a bit burnt but he said it tasted fine.
2 comments:
eh, mcm sedap jer mushroom hangit tu!
keke...
otang yang order tu memang suka yang hangit-hangit... contohnya ketiak seseorang yang hangit....masyukkkk!
Post a Comment