Amir, Mahid and I had a chance to try out this pizza outlet in Berjaya Times Square Kuala Lumpur last month. We were picking Mahid up to spend the night at our place in Bukit Antarabangsa sebab esok harinya ada plan nak berjumpa Roy untuk berkaraoke dan kemudiannya ke Lookout Point di Ampang.
Dah lama betul kami tak keluar bersama begini. Rasanya sejak zaman di Universiti dulu, Maklumlah masa aku bekerja dulu amat sibuk sampai tak ada masa untuk kawan-kawan yang rata-ratanya guru ataupun pensyarah yang ada cuti yang banyak. Masa tak bekerja nilah aku ambil untuk spend time dengan kawan-kawan selagi boleh dan berkesempatan. Walaupun dah tak berkerja, ada juga halangan lain seperti terpaksa pergi dialysis 3 kali seminggu.
Berjumpa Mahid di Times Square ni pun selepas selesai sesi dialysis di Hospital Ampang sejak petang hari tersebut. Kali ini Mahid belanja kami (Thank you very much Che Mah) Moga rezeki beliau bertambah-tambah hendaknya dan kami doakan beliau sentiasa bahagia dan sejahtera, Amin.
CheeseSticks with Garlic Sauce
Syahr El suka makanan di sini. Sedap seperti di Vivo juga di Berjaya Times Square. Banyak jugalah kami order walaupun kononnya Syahr El sedang diet Salad. Memang ada order salad tapi yang lain belasah lah juga.. Rezaki dari Allah kan,,,
Baked Meatballs in Carbonara Sauce
For starters kami order CheeseSticks yang amat sedap dicicah dengan garlic sauce. Menjilat-jilatlah SYAHR eL dan Mahid makan dipping sauce tu. Amir tak makan sauce tu sebab dia tak suka garlic.
Cheese Baked Rice
Untuk order individual, Mahid ordered Baked Meatballs in Carbonara Sauce. Sepatutnya menu ini diserve dengan sauce pizza tapi katanya dah abis so tukarlah dengan carbonara sauce. Jadilah... tapi rasanya agak kureng dengan sauce tu. We're very sure kalau dengan pizza sauce it will taste much better.
Chef's Salad
Amir pula order Cheese Baked Rice. Memang kesukaan dia menu ni so sedap lah katanya,
Syahr El pula order Chef Salad. Ada ke patut waiter kami terlupa nak kasi tau chef untuk buat salad. So dapat lambat lah. Alhamdulillah sedap and it was worth the wait.
All the Meats 9 inch Thin Pizza
We shared two pizzas that night, Super Papa's 9 inch Thin Pizza dan juga All the Meats 9 inch Thin Pizza. Yummy! Itu aja yang boleh dan patut Syahr El katakan... mesti cuba!
Super Papa's 9 inch Thin Pizza
So lepas perut dah kenyang we headed home dengan Mahid menjadi tamu terhormat kami heheheh. Welcome to our home Mahid.
No comments:
Post a Comment