Wah! Hanya itu yang Syahr El dapat katakan untuk a compact but very exciting holiday - semuanya memang akan amat menyeronokkan di Singapura nanti. Mana taknya memang menjadi kegemaran sejak kecil Syahr El menaiki keretapi dan since yang paling akhir kami menaiki keretapi adalah dari KL ke Bangkok pada tahun 2006, perjalanan di atas Senandung Sutera kali ini amatlah dinanti-nantikan.
Perjalanan kami akan bermula malam ini pada jam 11 malam dan akan tiba di Singapura pada jam 7 pagi hari berikutnya. Kami akan bermalam di Ibis on Bancoolen untuk satu malam.
Sementara menantikan Konsert Dato' Sheila Majid "A Milestone Year 25th Anniversary Tour" di Esplanade pada malam 18 Disember, kami akan ronda kota Singa dan yang pasti kami akan singgah di kedai kegemaran Syahr El - DC Superheroes di Suntec City ataupun di Bugis Street - begitulah perancangannya.
Untuk Amir pula, pastinya dia akan mahu ke Hooters dan semasa di Sentosa, ke Hard Rock untuk koleksi pakaian dan topi kegemarannya.
Dan sudah tentu apabila ke Sentosa kami akan ke Universal Studios Singapore pada 19 Disemebr dan tinggal di Festive Hotel di sana. Memang keinginan kami untuk tinggal di Hard Rocl Hotel yang hanya bersebelahan Festive Hotel tetapi malangnya dah penuh, so be it, janji dapat bergembira di USS nanti.
Perjalanan balik kami ke Kuala Lumpur nanti pada 20 Disember menaiki pesawat Air Asia ke LCCT. Apa yang Syahr El dapat katakan adalah kami berdua tak sabar-sabar dan berkobar-kobar nak ke Singapura kerana yang amat-amat kami rindukan adalah persembahan Diva Tersohor kami di Esplanade nanti. Itu yang paling penting dan tujuan utama yang membawa kami ke Singapura tahun ini. InsyaAllah kami akan turut menyusul ke Konsert Sheila Majid di Jakarta Convention Center pada 15 Febriari 2011 kelak.
Note: Photos are the copyright of the respective owners. Thank you.
3 comments:
enjoy dear!!
Pastinya darling! Thanks ek... Jakarta nanti jom la join...
wow! u really follow sheila wherever she goes. agreed with u, she is a great diva
Post a Comment