Masa pergi JCard Day kat AEON Setiawangsa AU2 hari Khamis minggu lepas, kami singgah di Restoran Asam Pedas Melaka sebelum shopping kerana perut tersangatlah lapar. Berjanji nak pergi jam 10 pagi tapi kami terbangun lewat dah tiba di AEON AU2 betul-betul waktu makan tengahari.
Bagi Syahr El, pengalaman pertama kali di Restoran Asam Pedas ni memang menarik, makanannya boleh tahan sedap, mungkin sebab dah lama betul Syahr El tak makan masakan Melayu Asli begini dan ditambah pula dengan kehadiran sambal belacan bagi setiap menu yang di order.
Walaupun begitu, ada juga beberapa rungutan yang Syahr El rasa patut diketengahkan di sini. Antaranya ialah kebersihan. Lantai ditempat duduk kami agak kotor dengan sisa-sisa nasi yang mungkin ditumpahkan oleh anak kecil sebelum kami duduk di situ. Pelayannya menawarkan untuk membersihkan lantai tersebut tapi pada pendapat Syahr El, ianya patut dilakukan sebelum pelanggan duduk di situ bukannya selepas.
Ada beberapa rungutan Syahr El tentang makanan mereka walaupun rata-rata Syahr El puas hati dengan rasa main dish yang syahr El order.
Untuk minuman, kami pesan ABC untuk Syahr El dan Oreo Cookie Ice Blend untuk Amir. ABCnye telah separuh cair bila tiba di meja kami. Angin jugak sebab bukan sahaja cair tapi melimpah ke piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk ABC tersebut.
Syahr El order Masak Lemak Cili Padi Daging salai dengan Nasi Putih.Memang sedap, masak lemaknya terasa pedas dan makin sedap lebih-lebih lagi dengan adanya sambal belacan.
Masak Lemak Cipi Padi Daging Salai
Ikan Kembung Bakar
Menu tambahan kami (juga dimakan bersama main dish tadi) ialah Gado-gado. Boleh tahan rasanya kecuali tempe (yang menjadi kegemaran Syahr El hangus dan rasanya pahit semacam. Sepatutnya kalau dah hangus tu jangan lah dihidangkan kepada tetamu. Buat spoil saja.
No comments:
Post a Comment