Ekekekek eksyen je tajuk tu... quoted from Puteri Gunung Ledang the Musical heheheh sentimental la kejap..
Alhamdulillah Syahr El hampir mencapai impian untuk berjalan kembali. Kaki palsu (tulen bang!) dah siap dan kini Syahr El sedang menjalani latihan berjalan. Malangnya pembuat kaki palsu tu tak beri peluang untuk Syahr EL bawa pulang kaki tersebut buat masa ini kerana khuatir Syahr El tergolek-dog semasa di rumah.
Ye lah, dia pun dah dapat hidu yang Syahr El amat eager dan tak sabar orangnya. Kalau mahukan sesuatu, I'll definitely dash fo it - Supermanlah katakan. Hehehehe... Superman pun kene jugak berlatih kan, karang tertonggeng macam peristiwa kat Menara Telkom dulu baru padan muka tak boleh bangun. Ala... dulu masa baru-baru guna kaki palsu lama sebelah kanan (masa tu kaki kiri tulen masih ada lagi) sekali tersadung dan tersungkur, memang ala-ala Supeman tengah terbang. Masa tu pulak kat lobby Menara Telakom kat Jalan Pantai tu tengah ada pameran jualan apa entah, punyalah ramai orang. Tapi Syahr El buat muka selamba, terima kasih kepada seorang kakak yang beri pinjam stool untuk Syahr El berpaut bangun dan terima kasih pada seorang rakan sepejabat yang membantu Syahr El bangun)
Menggunakan dua kaki palsu ni memang amat berbeza dengan masa Syahr El menggunakan sebelah sahaja dulu. Sekurang-kurangnya bila hanya sebelah kaki palsu dan sebelah kaki tulen, Syahr El masih dapat merasa bumi yang dipijak. Dengan dua kaki palsu, Syahr El seperti terawang-awang diudara, tak rasa bumi yang dipijak. Memang menggerikan.
Harapan Syahr El agar Allah mengizinkan Syahr El berjalan seperti biasa tanpa perlu bantuan tongkat mahupun walker. Amin. Superman can definitely do it!
Terima kasih kepada SOCSO yang telah sponsor kaki palsu ini for life, maknanya kalau ada apa-apa masalah atau perlu diganti Syahr El tak perlu bimbang soal kewangan. Rugi betul tak minta bantuan SOCSO masa nak beli kaki palsu kanan dulu... mahalnya boleh dapat 2 bijik motosikal kapcai. Tu baru sebelah kaki saja tu dan kalau rosak ke, perlu maintenance ke, kene ganti sendiri, duit sendiri.
Terima kasih juga pada Radhee dan Anwar dari Warisan Jasamedik yang banyak membantu (dorang ni la company yang buat kaki ni - very firendly and very helpful)
Dan teramat terima kasih pada Amir yang sentiasa memberikan semangat dan galakan pada Syahr El untuk meneruskan hidup yang banyak cabaran ini. Terima kasih Amir untuk waktu yang diluangkan setiap kali menghantar Syahr El ke sesi latihan fisioterapi, membantu semasa Syahr El eksesais di rumah dan juga menghantar dan mengambil Syahr El ke dan dari sesi dialysis. Hanya Allah yang mampu membalas segala budi Amir. Amin. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment