Pagi yang amat sejuk dek kerana hujan ni kita mulakan dengan bercakap dan melihat gambar makanan yang semestinya enak-enak belaka. Kali ini Syahr El ingin memperkenalkan sebuah lagi restoran Indonesia yang banyak mula bertapak di Malaysia (tapi still dorang ni nak carik gaduh tak pasal-pasal sedangkan duit kita banyak masuk ke sana)
Restoran Bumbu Desa ini pertama kali Syahr El pergi dan terletak di The Curve Mutiara Damansara. Syahr El sukakan masakannya yang pedas, sesuai dengan citarasa Syahr El yang gemarkan kepedasan dalam makanan yang Syahr El makan. Ada juga lauk pauk yang tidak pedas jika kesukaan anda lauk-lauk yang masam manis dan sebagainya. Citarasa seperti kesukaan Amir yang tak sukakan pedas juga banyak di sini.
Kami memesan lauk-pauk biasa yang kami makan direstoran yang menjual masakan padang, Ayam Berlada, Ayam Bakar Masak Kicap, Rendang Daging, Sambal Ijo, Tempe dan Tauhu Goreng dengan Sambal Kicap (First class my favourite nih)
For drinks Syahr El pesan Jus Timun dan Amir pula pesan Coke (heheheh tak Indonesia langsung).
Keseluruhannya Syahr El suka makanan di restoran ini. InsyaAllah boleh datang lagi.
No comments:
Post a Comment