Siapa sangka semasa Planet Krypton hampir musnah JOR-EL telah melepaskan sebuah lagi kapal angkasa selepas KAL-EL yang berjaya mendarat di Kuala Lumpur, Malaysia. Anaknya ini dinamakan Syahr-El...

Wednesday, November 24, 2010

Berlari!

Acah aje. Belum boleh berlari lagi tapi alhamdulillah progress belajar berjalan adalah positif. Bila sudah lama tidak berjalan mulalah cepat berasa mengah. Tambahan pula badab dah semakin berat akibat terlalu berselera makan dan makan pula sedap-sedap belaka. InsyaAllah dengan izinNya Syahr El akan dapat berjalan semula seperti sediakala. Ianya memakan masa tapi diri ini boleh bersabar sebagaimana sabarnya menempuhi berbagai rintangan, cubaan dan halangan. Amin.

Thursday, November 18, 2010

Thank You Fared & Aleen

I am so blessed with many good and loving friends. Alhamdulillah.

Bila kami berada di Port Dickson tempoh hari kami telah berkesempatan untuk ke restoran seorang rakan suami-isteri, Fared dan Aleen. Sebenarnya Aleen adalah rakan semasa di universiti dulu, kami agak rapat, selalu teasing each other and yes, ada persamaan antara kami, kedua-dua Allahyarhamah bonda kami bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Fared pula Syahr El baru kenal pada gathering kami di Marche The Curve pada tahun 2008 (beberapa bulan sebelum Syahr El jatuh sakit) dan ternyata beliau seorang yang baik dan penyayang. Aleen dan Fared juga telah datang melawat Syahr El di HKL bulan Februari lalu dan mereka datang dari jauh semata-mata untuk melawat rakan mereka yang sakit ini dan terima kasih kepada Facebook, kami kekal berhubung melalui laman sosial tersebut.


Kunjungan kami ke restoran Fared sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari jadi Syahr El yang ke 35 disambut mesra oleh kedua-dua rakan kami dan juga ibu Fared, yang Syahr El panggil Mak. Heheheh bukan apa, seronok berkongsi kasih sayang ibu rakan sejak ibu sendiri pulang ke Rahmatullah. Hilang lah sedikit kerinduan memanggil seseorang dengan panggilan 'mak' atau 'ibu' mahupun dahulu Syahr El memanggil ibu sendiri 'Mummy'. Agak terkilan juga sebab tak pernah, walau amat teringin untuk memanggil mummy 'mak'.

Kalau sudah di restoran, pasti kami makan. Makanan di restoran Fared ini memang amat lazat. Syahr El yang sememangnya hantu tempe cicah sambal kicap bedal habis sambal kicap dan tempe Fared heheh. Sayangnya Syahr El tak makan ikan, jadi Amir lah seorang belasah seekor ikan siakap bakar.... dia kata sangat sedap! Hmmmm macam rugi je rasanya,

To Fared and Aleen, THANK YOU SO MUCH for the hospitality and thank you very much for the birthday lunch treat. Moga bisness kalian bertambah maju dan makmur. Amin.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Haji Malaysia!


Semoga kita semua peroleh keberkatan di atas ibadah korban yang dilakukan. 
Amin Ya Rabbal Alamin.

Berkorbanlah demi agama, bangsa dan negara kita Malaysia.

Tuesday, November 16, 2010

"Selangkah Aku Meninggalkan Mu, Dua Langkah Cinta Ku Setia Pada Mu"

Ekekekek eksyen je tajuk tu... quoted from Puteri Gunung Ledang the Musical heheheh sentimental la kejap..


Alhamdulillah Syahr El hampir mencapai impian untuk berjalan kembali. Kaki palsu (tulen bang!) dah siap dan  kini Syahr El sedang menjalani latihan berjalan. Malangnya pembuat kaki palsu tu tak beri peluang untuk Syahr EL bawa pulang kaki tersebut buat masa ini kerana khuatir Syahr El tergolek-dog semasa di rumah.


Ye lah, dia pun dah dapat hidu yang Syahr El amat eager dan tak sabar orangnya. Kalau mahukan sesuatu, I'll definitely dash fo it - Supermanlah katakan. Hehehehe... Superman pun kene jugak berlatih kan,  karang tertonggeng macam peristiwa kat Menara Telkom dulu baru padan muka tak boleh bangun. Ala... dulu masa baru-baru guna kaki palsu lama sebelah kanan (masa tu kaki kiri tulen masih ada lagi) sekali tersadung dan tersungkur, memang ala-ala Supeman tengah terbang. Masa tu pulak kat lobby Menara Telakom kat Jalan Pantai tu tengah ada pameran jualan apa entah, punyalah ramai orang. Tapi Syahr El buat muka selamba, terima kasih kepada seorang kakak yang beri pinjam stool untuk Syahr El berpaut bangun dan terima kasih pada seorang rakan sepejabat yang membantu Syahr El bangun)


Menggunakan dua kaki palsu ni memang amat berbeza dengan masa Syahr El menggunakan sebelah sahaja dulu. Sekurang-kurangnya bila hanya sebelah kaki palsu dan sebelah kaki tulen, Syahr El masih dapat merasa bumi yang dipijak. Dengan dua kaki palsu, Syahr El seperti terawang-awang diudara, tak rasa bumi yang dipijak. Memang menggerikan.


Harapan Syahr El agar Allah mengizinkan Syahr El berjalan seperti biasa tanpa perlu bantuan tongkat mahupun walker. Amin. Superman can definitely do it!

Terima kasih kepada SOCSO yang telah sponsor kaki palsu ini for life, maknanya kalau ada apa-apa masalah atau perlu diganti Syahr El tak perlu bimbang soal kewangan. Rugi betul tak minta bantuan SOCSO masa nak beli kaki palsu kanan dulu... mahalnya boleh dapat 2 bijik motosikal kapcai. Tu baru sebelah kaki saja tu dan kalau rosak ke, perlu maintenance ke, kene ganti sendiri, duit sendiri.

Terima kasih juga pada Radhee dan Anwar dari Warisan Jasamedik yang banyak membantu (dorang ni la company yang buat kaki ni - very firendly and very helpful)

Dan teramat terima kasih pada Amir yang sentiasa memberikan semangat dan galakan pada Syahr El untuk meneruskan hidup yang banyak cabaran ini. Terima kasih Amir untuk waktu yang diluangkan setiap kali menghantar Syahr El ke sesi latihan fisioterapi, membantu semasa Syahr El eksesais di rumah dan juga menghantar dan mengambil Syahr El ke dan dari sesi dialysis. Hanya Allah yang mampu membalas segala budi Amir. Amin. InsyaAllah

Monday, November 15, 2010

Mathai's House of Curries@ Ampang Point

                        
Syahr El dan Amir memang minat makan nasi daun pisang. Selain ianya makanan yang sihat kerana banyak sayur-sayuran ianya makanan yang agak berpatutan (boleh ditambah nasi dan lauk pauknya berapa kali yang kita suka) dan sedap.

Kali ini, hehehe bukan baru-baru ini tapi lama dahulu tetapi tak sempat Syahr El menceritakan tentang tempat yang pertama kali kami cuba ni - Mathai's House of Curries. Memang authenthic Indian Banana Leaf Rice. Walaubagaimanapun setelah mencuba Nasi Daun Pisang di pelbagai restoran sebelum ini, kami bersetuju bahawa Nasi Daun Pisang di Kanna Curry House lebih sedap dari mana-mana Nasi Daun Pisang yang pernah kami cuba. Tapi Syahr El juga berpendapat bahawa Nasi Daun Pisang di Steven's Corner juga sedap kerana karinya pekat. 

Sunday, November 14, 2010

The Best Birthday Ever!

Alhamdulillah, umur Syar El menhangkau 25(+10) tahun ini. Muda lagi heheheh. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah berikan walaupun terlalu banyak dugaan yang terpaksa Syahr El tempuhi tapi insyaAllah semuanya Syahr El tempuhi dengan tabah, moga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.

Alhamdulillah juga dalam keadaan Syahr El cacat, masih dan makin ramai yang sayangkan Syahr El. Sungguh sebak rasa hati apabila hampir 100 orang yang mengucapkan dan mendoakan kebaikan sempena hari lahir Syahr El di Facebook. Syahr El bersyukur dengan adanya Facebook ramai kawan-kawan lama, juga dari kalangan rakan sekolah rendah yang dapat dikumpulkan semula. Sesungguhnya Facebook banyak kebaikan jika digunakan dengan betul, terutamanya untuk mengikat dan merapatkan silaturrahim. Ada kalanya adik beradik yang jauh juga dapat dirapatkan dengan Facebook.

Syahr El bukan nak bercakap tentang kebaikan atau keburukan Facebook tapi dengan channel inilah ramai kawan-kawan lama dapat dihubungi, Alhamdulillah.

Sempena hari lahir Syahr El tahun ini, sememangnya the very best of all celebrations, Syahr El telah diraikan rakan-rakan sekolah rendah 4 hari lebih awal semasa kami berkumpul di News KTV. Terima kasih atas kejutan (macam Akademi Fantasia lah pulak ada kejutan) but I was really overwhelmed and thankful for the remembrance. Thank you Azli, Abby, Rose, Aidah, Jimmy, Nazir, Amir n my very best friend from primary school, Bakhlis.

Syahr El juga dapat menyambut hari lahir di Avillion Port Dickson. Dah lama teringin nak tidur di resort terapung di Port Dickson ini. Alhamdulillah impian Syahr El dapat dilaksanakan akhirnya walaupun selama satu malam tetapi satu malam itulah yang amat menggembirakan. Alhamdulillah.

Di Port Dickson juga Syahr El bertemu rakan lama semasa di universiti, Aleen. Di situ juga kami bertemu suaminya, Fared dan ibu mertuanya di restoran ikan bakar mereka. Alhamdulillah, hari lahir Syahr El disambut dengan birthday lunch di situ. Terima kasih Aleen, Fared dan Mak.

Juga dalam minggu sebelum dan selepas hari lahir, Syahr El dapat bertemu dan bersuka-ria bersama rakan-rakan karib Syahr El dari universiti. Kami telah bersama sejak zaman matrikulasi (maksudnya sudah 17 tahun kami bersama) Teteapi kami hanya dapat bersama sebahagian daripada kumpulan kami; Wan Irham, Mahid, dan Roy. Shazril dan Zurry tak dapat bersama kerana mereka jauh.

Syahr El juga dapat bertemu Yaya dan Iza di Bangsar, mereka di antara teman rapat Syahr El semasa di universiti dulu.

Selama waktu Syahr El dewasa ini, memang tak pernah hari lahir disambut semeriah ini. Selalunya hari lahir Syahr El jatuh pada hari cuti hujung minggu ataupun pada hari cuti umum (Deepavali) heheheheh tapi takpa, hari lahir Syahr El selama ini disambut dengan keluarga yang Syahr El sayangi.

Apa yang Syahr El rindukan adalah sambutan hari lahir bersama Allahyarhammah ibu Syahr El yang hari jadinya sehari sebelum Syahr El. Moga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas roh beliau dan menerima segala amalaannya semasa mummy hidup dulu. Amin.

Kepada rakan-rakan di Facebook, terima kasih atas ingatan kalian. Moga Allah melindungi kalian selalu, insyaAllah. Amin.

Saturday, November 13, 2010

Hantu, Setan, Jembalang atau Jin?

Memang lumrah hidup kita dikelilingi oleh makhluk Allah yang berbagai, Ada manusia yang berbagai perangai dan rupa dan ada juga makhluk ghaib yang kita tak nampak macam hantu, setan, jembalang ataupun jin. Walaubagaimanapun  kadang-kadang dengan kuasa Allah yang esa, mereka ni muncul juga dalam pelbagai segi, dan kadangkala juga menyerupai sesuatu jasad.

Syahr El sudah beberapa kali 'diganggu' makhluk-makhluk ghaib ini. Ada kalanya meeka hanya muncul sekadar bergurau senda dan ada kalanya mereka memang betul-betul mengganggu.

Semasa Syahr El di PPP/ITM di blok 17 beberapa kali Syahr El telah diganggu, sekali tu hanya dengan gelak tawa, nasib baik bukan mengilai, semasa Syahr El sedang buang air besar di bilik kediaman Syahr El. Nak di katakan penghuni lain yang tergelak manja, tak ada budak kecil yang tinggal disitu dan mustahil kalau ada sesiapa yang gelak pun takkan terdengar di bilik air tersebut pada jam 3 pagi. Gelak itu sungguh halus seakan-akan gelak seorang budak kecil bunyinya. Sekali lagi juga di blok 17 PPP/ITM Seksyen 17 Shah Alam, semasa perabot disitu masih belum ditukar (diperbuat dari kayu) Syahr El terdengar almari yang terletak betul-betul bersebelahan katil diketuk dengan kuat pada awal pagi juga. Yang peliknya rakan-rakan sebilik Syahr El tidak pula terbangun, hanya Syahr El saja yang dengar. Sekali lagi juga di tempat sama dan di bilik sama pada sekitar 3 - 4 pagi juga apabila Syahr El sedang mentelaah pelajaran, Syahr El terlihat kelibat wanita berpakaian putih melintasi tingkap di tingkat tiga terletaknya bilik Syhar El itu. Makhluk itu telah melintasi tingkap tersebut sebanyak 2 kali. Selepas kejadian itu Syar El tak berani lagi belajar awal-awal pagi. Itu lah kali terakhir Syahr El bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran.

Di HKL wad Nefrologi 2B juga Syahr El pernah kene ganggu, kali ini oleh 2 perempuan yang sangat cantik. Mereka cuba menarik Syahr El dalam mimpi Syahr El ke sebuah kubur Cina dan dada Syahr El terus terasa seperti ditekan dengan kuat dan sesak nafas. Bila Syahr El cuba membaca ayat suci, mulut seakan terkunci sehinggalah kedengaran Azan Subuh dari Masjid berdekatan.

Di PPUM juga Syahr El pernah diganggu di wad ID1, terletak dibangunan lama berhadapan wad bersalin. Memang semasa Syahr El di sana ada cerita seorang pakcik ternampak cik ponti berlegar terawang-awang di tingkap bilik tingkat 1 itu. Selepas kejadian itu jururawat-jururawat memastikan langsir setiap bilik pesakit ditutup pada waktu maghrib. Syahr El pernah dipindahkan kesebuah bilik yang amat misteri. Bilik tersebut ada dipasang aircond tetapi sangat panas. Bila ditambah kipas juga masih panas dan hanya bilik ini dan bilik disebelahnya sahaja yang mempunyai pintu gelongsor kaca tambahan dan dikunci rapi. Syahr El dipindahkan kebilik ini kerana bilik tidak mencukupi dan ada kes-kes yang lebih kronik pada waktu itu. Bilik ini pula terletak dihujung wad. Di sini Syahr EL telah bermimpi makhluk-makhluk yang terbakar kulit badan dan muka mereka. Dalam mimpi tersebut Syahr El telah cuba ditarik ke dalam sebuah bilik. Syahr El terkejut dari mimpi dan satu makhluk tersebut muncul berbaring di atas katil di sebelah kanan Syahr El dan hanya hilang apabila Syahr El melaungkan 'Allahu Akhbar".

Baru-baru ini Syahr El telah di sapa lagi. Di rumah sendiri di waktu tengahari apabila Syahr El tinggal berseorangan. Sekeping CD jatuh lebih 3 kaki dari woofer dengan tiba-tiba. (Lihat lokasi CD jatuh di  dalam gambar di sebelah). Tiada penjelasan logik tentang jarak jatuhnya CD tersebut dan tidak ada logik mengapa CD itu jatuh sendiri. Ianya kelihatan seperti telah dicampak berdekatan kipas tersebut.

Banyak lagi 'encounters' dengan makhluk-makhluk pelik ini pernah Syahr El lalui dan biarlah ianya tinggal terpahat di hati sendiri. 

Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengerti apa yang berlaku disebalik segala kejadian yang diizinkanNya . Yang pelik dan misteri itu ada benarnya dan bukan hayalan dan mimpi semata-mata. . Wallahualam.

Friday, November 12, 2010

Bumbu Desa @ The Curve


Pagi yang amat sejuk dek kerana hujan ni kita mulakan dengan bercakap dan melihat gambar makanan yang semestinya enak-enak belaka. Kali ini Syahr El ingin memperkenalkan sebuah lagi restoran Indonesia yang banyak mula bertapak di Malaysia (tapi still dorang ni nak carik gaduh tak pasal-pasal sedangkan duit kita banyak masuk ke sana)
Restoran Bumbu Desa ini pertama kali Syahr El pergi dan terletak di The Curve Mutiara Damansara. Syahr El sukakan masakannya yang pedas, sesuai dengan citarasa Syahr El yang gemarkan kepedasan dalam makanan yang Syahr El makan. Ada juga lauk pauk yang tidak pedas jika kesukaan anda lauk-lauk yang masam manis dan sebagainya. Citarasa seperti kesukaan Amir yang tak sukakan pedas juga banyak di sini.
Kami memesan lauk-pauk biasa yang kami makan direstoran yang menjual masakan padang, Ayam Berlada, Ayam Bakar Masak Kicap, Rendang Daging, Sambal Ijo, Tempe dan Tauhu Goreng dengan Sambal Kicap (First class my favourite nih)

For drinks Syahr El pesan Jus Timun dan Amir pula pesan Coke (heheheh tak Indonesia langsung).


Keseluruhannya Syahr El suka makanan di restoran ini. InsyaAllah boleh datang lagi.



Thursday, November 11, 2010

Sheila Majid’s 25th Anniversary Charity Gala Dinner

With reference to the above matter, Asia Media Network (M) Sdn Bhd , would like to work in getting more sponsorship for the Sheila Majid’s 25th Anniversary Charity Gala Dinner which will take place at Putrajaya Convention Centre (PICC) on 31 Dec 2010.



Asia Media Network (M) Sdn Bhd, is full-fledged advertising agency, has taken its own initiative to organize the event under the banner of ‘ORPHANCARE’, a good cause for charity, merely concentrating towards raising fund for abandoned babies. 

‘ORPHANCARE’ is led by its Patron Her Royal Highness Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom. The fund will be donated towards building more ‘hatches’- baby dropped facilities. Further details on ORPHANCARE can be obtained from www.orphancare.org.my

In addition, some of the programs are silent auctions, lucky draws and selling of the tables. We would be honoured to receive any generous cash sponsorship or give-away prizes for the lucky draws which will benefit all parties. We are looking forward in getting automobiles, motorbikes or any attractive prizes to be the lucky draw attraction in order to encourage sales of tables or in cash instead.
We would highly appreciate any form of assistance from your good self and your prestigious network along with associates to make this event a very meaningful and successful one.

Kindly do not hesitate to contact pm me or contact me 012-9781140 / 012-3447393 any further queries xspecially on table selling, sponsorship and advertisement.

We look forward to your positive response and hope to hear from you soonest possible.

Thank you very much indeed. Our undying gratitude for your indulgence.

Regards,

Amy Hj Kasim
Sponsorship Manager
Asia Media Network Sdn Bhd
Melaka Suite, Ground Floor
MCOBA Building, 42 Jalan Syed Putra
50460 Kuala Lumpur

Adakah Mandi Wajib (Junub) Kita Sah?

Syahr El terjumpa ni di Facebook... maka pagi ini Syahr El inginlah berdahwah sikit (asik citer pasal makan je kan heheheheh)

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, November 10, 2010

Agung Kene Tipu?

Agaknya rakyat jelata ni ingt Agung tu bodoh ke? Atau mungkin senang sangat Agung kita bulat-bulat kene tipu oleh rakyat (atau sgelintir rakyat jelatanya?) Syahr El bercakap tentang acara-acara yang dihadiri Tuanku. Semuanya tampak indah dan perfect. Semuanya cukup padahal semuanya palsu, lakonan dan sekadar tunjuk2 belaka.


Bukan niat Syahr El untuk menjatuhkan sesiapa atau mana-mana pihak. Syahr El amat sayangkan pemerintah kita sekarang ni, mereka banyak berjasa selama 53 tahun kita merdeka tapi apa yang Syahr El ingin paparkan adalah luahan  hati dari seorang OKU yang banyak tertindas dinegar sendiri. Contohnya bangunan-bangunan yang tidak mesra OKU dan sebagainya. Hari ini Syahr El nak sentuk teentang PARKIR OKU sekali lagi. 

Hati Syahr El tengah panas sangat ni sebab sebagai seorang OKU.Ssyahr El rasa dipermainkan. Manakan tidak di Hospital Ampang tempat Syahr El cuci darah tiba-tiba ada banyak parking tambahan untuk OKU bila Syahr El datang untuk sesi dialysis pada minggu lalu. Di dialysis center pun banyaknya wheelchair berderet (masa Tuanku Permaisuri datang tempohari pun begitu) Punyalah Syahr El bersyukur prihatinnya pentadbiran hospital ni. Memang susah cari parking bila datang dialysis dan dengan adanya parking OKU tambahan di level 3 hospital ni mudah la bagi kami OKU yang memerlukan ruang untuk turun naik wheelchair.

Tengok-tengok lepas Tuanku Agung balik (perasmian hari selasa 9 November) Syahr El datang untuk dialysis hari Rabu 10 November PARKING OKU TAMBAHAN DAH TAKDA!!!

Sah la Agung kita dah kene tipu! Rakyat OKU DIBERI KRMUDAHAN. KONON!

"Ya Allah Ya Tuhanku, barangsiapa yang melakukan perkara keji ini bagaikan menindas orang2 OKU, Kau berikanlah merek petunjuk. Lebih baik lagi jika Kau berikanlah mereka peluang menjadi OKU agar mereka tahu betapa tertindasnya kami. Amin Ya Rabbal Alamin"

Sent from my iPhone
Photos taken from Dato' Sri Liow Tiong Lai's Blog

Monday, November 8, 2010

Happy Birthday to Me!

Alhamdulillah syukur pada Allah meningkat sekali lagi umur Syahr El tahun ini.

Dalam keadaan begini Syahr El tidak tahu berapa lama Allah akan memberi kehidupan pada Syahr El, so life is based on day-to-day living, making each day a meaningful and happy one, insyaAllah.

Alhhamdulillah juga kebelakangan ini hati Syahr El begitu tenang dan bahagia. Segala masalah, walaupun tidak diselesaikan nampun Syahr El meletakkan mereka ketepi dan meneruskan hidup ini dengan seadanya. Syahr El tidak mengharapkan apa-apa walau dari sesiapapun dan Syahr El juga tidak melinbatkan sesiapa dalam masalah yang Syahr El hadapi.

Syahr El juga bahagia kerana seseorang yang sanggup meletakkan segalanya dibelakang demi menjaga seorang yang memerlukan seperti Syahr El, terima buat Amir yang banyak membantu dalam hidup Syahr El sepanjang 8 tahun ini. Moga Allah memberkati segala pengorbanan dan pertolongan yang diberikan kepada Syahr El selama ini. Thank you very much Amir.

Hari ini, insyaAllah Syahr El berada di Avillion di Port Dickson bagi meraikan hari jadi Syahr El yang ke 35. Satu umur yang matang dan boleh berdiri di atas kaki sendiri. InsyaAllah juga dengan umur 35 tahun ini Syahr El akan dapat berdiri sendiri dengan siapnya kaki palsu (kini sedang berlatih berjalan dan menggunakan kaki palsu tersebut dan latihan fisioterapi di Hospital Ampang.

Moga Allah memberi kesenangan dan kemudahan serta rezeki yang melimpah ruah kepada Syahr El dan Amir serta keluarga kami berdua. Amin.

Sunday, November 7, 2010

Happy Birthday Mummy!

Buat Ibu tersayang yang cukup 6 tahun pemergiannya menemui Illahi, moga rohnya dicucuri rahmat dan segala amalan beliau diberkati dan diterima Allah SWT. InsyaAllah. Amin,

Tak dapat Syar El gambarkan betapa rindunya Syahr El pada Mummy. Ingin sekali Syahr El peluk cium ibu yang amat Syahr El sayang dan cintai.

Masih teringat lagi setiap harijadi kami disambut bersama. Kami berkongsi kek harijadi dan selalu meraikannya berdua.

Pemergianmu Ibu, mencorak satu kekosongan di dalam hati dan diri ini. Dunia seolah-olah kosong dan ini bukan sekadar kata-kata penyedap hati tapi ikhlas dan jujur dari perasaan diri. Namun tidak mungkin ibuku kembali, hanya doa yang anakanda kirimkan buat mu Mummy.

Friday, November 5, 2010

Fruitland @ AEON Setiawangsa AU2


We came across a new joint at AEON Setiawangsa AU2. The diaplay looked delicious. Banyak desserts yang amat menarik di sini so we decided to try the food here. The outlet serves main desserts, ice shaved, tau fu fah glutinous rice balls and many others. They also have a election of menus ranging from appetisers, salad, main courses and of course desserts.
For starters we ordered the Golden Wantan. It was golden alright but the size was so tiny!

Amir ordered the Chicken Chop with Rice. Taste wise, so so Amir said but not impressive to his stomach. I on the other hand tried their salad. Many choices on the menu (with tempting looking photos of bowl filled with overflow salad) but when it came ir hardly filled the tiny bowl. At the same price I could get more value for money (and more delicious too) salad at Wendy's (compare photos attached.) What I'm trying to say is, don't eat here if you're hungry or if you're in a salad diet.

But do come here for their 5 stars desserts! 

Glutinous Rice Ball in Ginger

Cold Soya Bean & Rainbow Fruit Lolo

Happy Deepavali Malaysia


Syahr El's Wishing Well wishes all Malaysia a very Happy Deepavali. May we continue to prosper together.

Sempena Deepavali ni Syahr El telah membeli kuih muih India di Sri Paandi Restaurant di Pandan Indah. This Assorted Sweet Mixtures costs RM10 each  and has the following Indian candies:

Halwa,Laddu, Jangri, Palkove, Candy, Pathursha, Athirisam, Ghee Urundhai, Pal Parpee and Myshurepaghu.- they are all very sweet and yes a number one enemy for a diabetic like me heheheh but it's once a year and not very often we get to eat these super sweet Indian candies, what more to find them being sold (unless you go to Little India in Bricksfield) - the secret is to eat them bit by bit, a very small bite at a time then your blood sugar wouldn't go berserk (heheheh excuses eh). 


Yummeh!

Thursday, November 4, 2010

Avillion Port Dickson Here We Come!

Alhamdulillah after so many years of wanting and craving to stay at this beautiful chalet-resort in Port Dickson we finally get to stay here this weekend - to celebrate my 35th birthday. heheheh getting older but wiser I hope. I am so looking forward for this stay although only for a night but that's good enough since we're going to Penang Hard Rock Hotel end of this month and to Singapore Universal Studios Festive Hotel (wanted to stay at Hard Rock Hotel but it they're fully booked) and Sheila Majid Performance at the Esplanade in December. Many travel plans are made, maybe inysaAllah we're going to Jakarta on February 15 for another Sheila Majid's concert at the Jakarta Plenary Hall (Trying to get the tickets) and also to Bali (again) Hard Rock Hotel., insyaAllah. We're also planning a trip (kalau cukup duit, Amin) ke Australia's Gold Coast.

For my birthday this year, I am wishing for good health (no more hospital stays please dear Allah), happiness and tranquility (alhamdulillah these are what I'm feeling lately and I'm loving it) and to eb able to be with my loved one forever and ever. Of course for lots of money to pour in so that we can travel more often AND for my book to be published, insyaAllah (yep, I'm trying to write a novel heheheheh). Amin.

Wednesday, November 3, 2010

Dome @ KLCC


Syahr El TERlanggar pantang hehehe bukan pantang apa tapi Syahrl El kan tengah kononnys on salad diet replacement untuk dinner. Apa sudah jadi? Ahahah kami pi makan kat Dome KLCC dan dari salad yang nampak amat menarik Kal El TERorder benda lain plak... Meh kita tengok.

Kal El order Banana Milkshake dan Amir pula Ice Blend Honeycomb Goldrush. Memang kesukaan dia ice blended drinks ni
.
For starters kami order Garlic Bread. Hmmm Chili's punya tastes much better and softer.

Garlic Bread

Amir makan Lot's Burger (above). Kal El ordered the Roast Beef on Turkish Bread (below). Big portions for both dishes. Rasa? Boleh la... Tapi melampau mintak mustard kene charge RM2. Ciput plak tu!

Roast Beef on Turkish Bread (Top) & Lots Burger (Bottom)

Tuesday, November 2, 2010

Thank You Dato' Sheila Majid



After the hospital visit at PPUM Amir and I had a pleasant surprise when Tris of Magada Entertainment (Sheila's management company) called and invited us to Sheila Majid's 25 Years Performance at the Dewan Filharmonik Petronas KLCC earlier this month. This is the second time Sheila's performing there, the first was in the year 2000 and I gladly say I was there with by good buddies Shazril, Roy and Ray.


I was very happy indeed as we have tried booking the ticket but it was sold out within 2 days of sale. What I heard was fans queuing even before the box office opens. The event was for Prudential Agents. 95% who attended were from Prudential. The remaining 5% were guests of Sheila; her family, friends (Including Dato' Siti Nurhaliza and Dayang Nurfaizah) as well as ardent fans like me.

I was pleased to be seated at a very good seat where there were no restrictions to the views of the stage. As expected Sheila was spectacular that night. The jazz diva was indeed unbeatable when it comes to live performances. She was gorgeous and her dresses that night were really stunning and classy.

I don't remember fans dancing during Sheila's performance at the DFP but this time, audiences stood up and dance and sang out loud. It was a havoc but all of us enjoyed it. It must have been the first for DFP to have such chaos in the concert hall. I was so proud of her that tears fell when she sang her first song that night. Too bad I couldn't stand and dance with the rest but I sang my heart out to her songs. I also missed giving her a standing ovation, how I wish I could stand and honor her.

I just hope Magada and Sheila will release a 'Sheila Majid and the Malaysian Philharmonic  Orchestra' album. I'm positive that it will be a hit. To Sheila, I love you so much. You've entertained me with your songs these 25 years and I pray for your everlasting success. You're a legenda Sheila.

Popular Posts

Syahr El's Labels

Dining Out (107) Enjoying Life (55) My Friends (55) Being Malaysian (53) Being A Diabetic (47) Being Half Superman (45) The Blood Sucking Sicko Company (44) Movies (43) My Beloved Family (37) Stuff from the Internet (31) Loving Sheila Majid (30) Community Reminders (29) Renal Failure (26) Home Cooked Meals (23) OKU (22) Ramadhan (21) Jogja and Solo (17) Bukit Antarabangsa (16) Toys and Gadgets (14) Emotions (13) Bangkok (10) Phuket (10) Bali (9) Kota Kinabalu (9) Umrah (9) Andalusia Travel n Tours (8) Intense Continuous Torture (8) Chili's (6) Opportunities (6) Signature Foodcourt KLCC (6) Theathres (6) Hillside Corner Bukit Antarabangsa (5) Supernatural Encounters (5) Cozy Corner/House (4) MRSA (4) Photography (4) Puti Bungsu Batam (4) The Eye Company (4) Brunei Darussalam (3) Cherating (3) Dunkin' Donuts (3) Ikea (3) Janda Baik (3) Kampung Baru (3) Kanna Curry House (3) KruaThai Restaurant (3) Makassar Sulawesi (3) Old Town White Coffee (3) Singapore (3) Tony Roma's (3) Anuar Zain (2) Bubba Gump Shrimp Co. (2) Cafe Milano KLCC (2) Genting Highlands (2) Krispy Kreme (2) Laksa Shack (2) Medan (2) Nandos (2) Paddington House of Pancakes (2) Points to Ponder (2) Sri Paandi (2) Steven's Corner Banan Leaf Restaurant (2) Apam Balik Aba Ee (1) Asam Pedas Melaka AEON Setiawangsa AU2 (1) Australia (1) Black Canyon Coffee (1) Bora Ombak (1) Boston Jusco AU3 (1) Bumbu Desa (1) Carl's Jr. (1) Chawan Bangsar (1) Chee Meng Chicken Rice (1) Delifrance (1) Diabetivc (1) Djeumpa Restaurant (1) Dome KLCC (1) Dominos Pizza (1) Dreams (1) Fruitland AEON Setiawangsa AU2 (1) Garden Cafe (1) Glitters Cafe GSC Pavilion (1) Grand Seasons Hotel (1) Hainan Street Cafe (1) Hard Rock Cafe (1) Hartz Chicken Buffet (1) Heart Failure (1) Home Town Yong Tau Foo (1) House (1) Hui Masakan Cina Muslim (1) Ice Room (1) J.Co Donuts (1) Jakarta (1) KL Convention Centre Food Court (1) Keretapi Tanah Melayu (1) Kopi Oh (1) Lanna Thai The Garden's FoodGarden (1) Lecka-lecka Ice Cream (1) London Fish Tales Signatures KLCC (1) Lung Abscess (1) Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor (1) Mama Nyonya The Curve (1) Mathai's House of Curries (1) McDonalds (1) Nabila Corner (1) Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (1) Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam (1) Nasi Daun Pisang Batu Caves (1) Nasi Lemak Adik (1) Nasi Lemak Antarabangsa (1) Nasi Lemak Boss Ampang (1) Nasi Lemak Sulaiman Court (1) Octopus Susih Wangsa Walk (1) On The Run Cafe (1) Pasar Malam (1) Penang (1) Pizza Hut (1) Pizza Papa John's Times Square (1) Planet Hollywood (1) Poetry (1) Port Dickson (1) Putrajaya Lake Club (1) Rahsia Bistro (1) Restoran AJ Masakan Melayu Johor (1) Restoran Bismilah (1) Restoran D'Templer (1) Restoran Haji Tapah (1) Restoran Syed (1) Roadhouse Grill (1) SOCSO (1) Sakura Kristal (1) San Francisco Coffee (1) Satay Kajang Haji Samuri (1) Secret Recipe Wangsa Walk (1) Siem Reap (1) Sins (1) Starlight Cinema (1) Station Kopitiam (1) Teppanyaki (1) The Canteen Room (1) Thurkah's Banana Leaf Rice (1) Unit Trust (1) Universal Studios Singapore (1) Very Thai Times Square KL (1) Victoria Station (1) Vienna Bagels (1) Vivo American Pizza and Panini (1) Warisan JasaMedik (1) Williams PJ (1) Yellow Cab Pizza (1) Yoshinoya (1) hantu (1) iCTLT (1) st (1)
Blog Widget by LinkWithin