Siapa sangka semasa Planet Krypton hampir musnah JOR-EL telah melepaskan sebuah lagi kapal angkasa selepas KAL-EL yang berjaya mendarat di Kuala Lumpur, Malaysia. Anaknya ini dinamakan Syahr-El...

Showing posts with label Home Cooked Meals. Show all posts
Showing posts with label Home Cooked Meals. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Bubur Ayam Superman

Once upon a Tuesday Kal El teringin sangat nak makan bubur ayam buatan sendiri... yang kedai punya tak main ler hehehe eksen plak tu... so dalam penat-penat balik kerja we went to Jusco to shop for the bahan-bahan and walla! maka siap la Bubur Ayam versi Superman dalam sekelip mata.

Ini lah air rebusan ayam dan rempah ratur... sila pusingkan kepala anda ya!

Encik Telur Asin

Encik Ayam, bukan Cik Ayam yer.. kalau Cik Ayam jadik lain plak

Pertama rebus ayam dengan sangat lama sampai kedengaran ayam tu menjerit-jerit kepanasan. Masukkan bawang dan bawang putih yang telah dikisar sebelum tu ya.. heheheh reverse gear plak... bila air dah didih tu masuk ler 5 spices, black pepper dan pepper - Kal El suka banyak2kan spices dan pepper dan black pepper ni.. jangan lupa masuk garam dan serbuk perasa/stok ayam. Then angkat ayam dan gunakan air rebusan tadi untuk masak bubur. Kalau suka pekat buburnya (Macam Kal El suka) btak payah tambah air lagi... kalau suka cair, tambah la air sesuka hati.

Encik Bubur Ayam Superman.. Maaf Buburnya Nggak Nampak heheheheh
Kalau nak bayangkan ropa bubur ni... macam kaler bubur lambuk ler...
...kelabu2 coklat gitu... ahaks!


In the mean time tunggu bubur masak, carik2 ayam, rebus telur asin. Makan bubur ayam tadi dengan telur asin yang telah di racik2 dan juga cebisan2 ayam, bawang goreng yang sungguh banyak dan juga kicap cair cap budak lelaki bermain bola - sedap kicap ni wooo!

Selamat mencuba!

Monday, July 6, 2009

French Toast Bercili

Haaa... weekend yang baru lepas ni Kal El mallllaaaaassss sangat nak memasak, so I decided to prepare something really simple but filling la jugak... French Toast for dinner hehehe tapi French Toast ni special sket sebab ada letak blended cili... so pedas ler sket..

Ikut preference French Toast versi Kal El ni boleh campur macam-macam. Letak garam saja pun boleh, letak gula saja pun boleh ataupun campur garam dan gula for an extra kick. This time Kal El campurkan garam dan blended cili ... ikut kreativiti ler.

So cara nak membuatnye, you will need:

Roti, of course
Telur
Cili basah di blend
Garam

Pukul telur, garam dan cili basah. Rendamkan roti ke dalam campuran tadi (toksah lama-lama, kejap je janji semua bahagian roti basah). Gorengkan dalam kuali atau frying pan kalau ada tanpa menggunakan minyak yang banyak. But make sure kuali tu panas. Buat French Toast ni kene jaga tak bleh main tinggal-tinggal nanti hangus, ok?

Friday, July 3, 2009

Nasi Goreng Cili Padi

Whenever I am alone on weekends I would usually prepare very simple and malas meals. Memang menjadi kebiasaan Kal El sediakan blended cili padi, cili kering dan cili basah, bawang putih dan bawang merah dalam freezer in tupperwares - keje orang malas la ni. So, bila weekends especially, nak menggoreng nasi ke, senang le, amik je benda-benda yang dah diblend awal-awal tadi terus start masak...pemalas kan Kal El ni? Ahahah dah cooking for one je... nak buat macamana la kan...?

So last weekend Kal El dengan rajinnya telah memasak nasi dan menggoreng Nasi Goreng Cili Padi untuk diri sendiri. Haaaa memang sungguh pedas sehingga terbakar anak tekak ni! Ada plak sayur kacang buncis dalam fridge so campak ler sekali dalam nasik goreng tu... yang membuatkan ianya lebih enak (chewah puji masakan sendiri nampak) ialah kehadiran potongan bawang merah yang besar-besar dan telur yang berketul-ketul - haaa kalau nak goreng nasi, scramblekan dulu telur, letak tepi, goreng nasi dan last sekali baru campurkan telur - kalau masukkan telur selepas masukkan nasi, nanti benyek tak sedap...heheheh ok lah, selamat melihat gambar makanan yang telah masuk ke dalam perut Kal El (dan kemungkinan besar juga telah kembali keluar semuanya euuuuuwwww!

Kalau teringin nak mencuba, begini caranya:

Nasi (Sejuk better)
Cili Padi di blend
Bawang putih di blend
Bawang Merah di blend
Bawang Merah potong besar
Sayur Kacang Buncis
Telur
Garam

First Scramblekan telur dan asingkan. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang merah yang di blend dan bawang merah yang dipotong besar dan tumis sehingga wangi. Masukkan cili padi dan tumis sehingga agak garing. Masukkan nasi, gaul sehingga rata, campurkan telur yang discramble tadi kemudian letak garam secukup rasa... Ngap! dah bleh makan dah...heheheh

Wednesday, June 17, 2009

Resipi Macaroni Goreng Superman

Macaroni Goreng Superman

Hari tu masa potluck di The Eye Co. Kal El telah menyediakan Macaroni Goreng (huhuhu skema tul bahasa...) Meh ler Kal El ajar macamana nak masak Macaroni Goreng ni..

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan Utama:
Macaroni - 1 paket
Daging/Ayam Kisar Ramly - 1 paket
Serbuk Kari Daging - 1 paket kecik
Tomato Puree - 1 tin kecik
Mix Vegetable - 1/2 paket

Bahan Kisar:
Bawang Putih
Bawang Merah

Bahan Perasa:
Garam
Serbuk Perasa jika mahu (Kal El tak letak)

Bahan Hiasan:
Cili Merah diracik halus
Daun Sadri diracik halus
Telur Dadar juga diracik halus
Bawang Goreng

Persediaan:
Rebus macaroni dalam air mendidih. Campurkan sedikit minyak dan garam ke dalam air rebusan. Setelah kembang toskan macaroni tadi dan lalukannya dibawah air sejuk agar tidak melekat.

Goreng daging/ayam cincang hingga masak dan ketepikan.

Cara memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, campurkan serbuk kari dan tomato puree, gaulkan. Masukkan daging dan mixed vegetable. Setelah sebati dan cantik warnanya, masukkan macaroni dan gaul sehingga sebati.. Haaa jangan lupa plak letak garam dan rajin-rajin ler merasa agar tak masin. Bila nak letak garam tu sukati kamu ler... Kal El suka letak sebelum masuk macaroni bersama bahan-bahan yang dicampur tadi.

Dah masak? Ye... sudah boleh di makan... taburkan cili, telur dadar dan daun sadri juga bawang goreng ke atas Macaroni Goreng tadi... selamat MENCUBA dan MELANTAK heheh kalau tak sedap tak jamin haa.... air tangan masing-masing...

Friday, May 15, 2009

Scrambled Egg

Ekekekek jangan takut tengok gambar-gambar ni... Makanan ni bukannya benda lain hehehehe. Ni lah scrambled egg versi Kal El. Tengok mak KN buat hari tu memang sedap so Kal El cuba la... selalu gak buat cam ni dulu tapi Kal El tak letak satu benda - kicap.


Mengikut resipi mak KN letak kicap... so telur, bawang dihiris besar-besar dan kicap. Tu je... Sebenarnya Scrambled Egg ni berbagai versi, kalau arwah mak Kal El dulu suka letak fresh milk, memang lembut lemak berkrim heheheh.

Apa yang kuning tu? Aaaa... tu ler mustard. Kal El memang suka sangat dengan mustard. Kalau boleh makan nasik ngan mustard Kal El dah buat dah... kui kui kui... jemput makan...

Tuesday, April 14, 2009

Homemade Pan Cake


Ok...ok... the syrup is bad for me, I know... but what the heck hehehe...sekali sekala maaa... So it was Saturday and I craved for some homemade pancake@lempeng - this is Ka'ngah's recipe and the colours? Ahahaha that's my trade mark. Saja je suka-suka untuk seronok makan.

Pancake yang Sudah Tentunya Lazat Menjilat Pinggan

Memang senang je nak buat pancake@lempeng ni... and besides, you can add onions or grated coconut - also Ka'ngah's recipe - I like 'em plain.

Kalau la teringin kan, here's how to prepare it:

Tepung gandum (suka ati ler nak banyak mana - the more the merrier)
Telo
Air
A little salt and sugar kalau mau
Colouring kalau nak dunia anda berwarna mwarni hehehe


Adunan Pancake@Lempeng

Bancuh ke semua bahan tadi (just make sure adunan tak berketul) dan masak dalam kuali - kalau ada kuali leper macam kat gerai burger tu lagi bagus. Kalau kuali biasa pun ok gak, boleh agak-agak saiz dan shape pancake anda - sesuai kalau ada tetamu hehehe. Enjoy!



Masak ni kejap je, jangan lelama nanto hangus pulak... dan kalau ada kaler brownish pun dah tak cantik kan? Penat je nanti letak colouring lawa-lawa...

Saturday, April 11, 2009

Indo Mie

Mee Goreng Indo Mie

Inilah makanan kami malam tadi... Kal El wanted to prepare something fast and easy so I decided to masak Indo Mie. Actually Kal El lebih suka Mi Goreng Pedas Myojo but sekarang ni dah takde in the market - that one tastes a lot better sebab pedas (tapi I guarantee KN tak makan punya la...)

Telor...Wajib

Dan telor adalah dish wajib untuk Kal El for my CAPD treatment requires me to eat a high protein diet (habis la muka jadi macam telor... kentut pun bau telor ekekekeke opps!)

Thursday, April 9, 2009

Nasi Goreng Mentega


Haaaa berasap lagi dapur Kal El. Ever since takde kaki sebelah ni memang jarang Kal El dapat peluang masak. Since dah pakai prosthethic ni pun, kalau diri lelama penat dan sakit kaki so whenever Kal El rasa nak masak, maka cepat-cepat lah Kal El ke dapur.


Senang je masak Nasi Goreng Mentega ni... all you need ialah Mentega (obviously, thus the name kan), Telor, Bawang and sedikit Garam - itu je! Gorengnye seperti biasa la (but a tip though, kalau goreng nasi, scramblekan telor dulu dan asingkan, then goreng the rencah, masuk nasi, last-last baru masukkan telor yang telah di scramble tadi) Ini untuk mengelakkan nasi goreng tu jadi benyek@lembik.

Saturday, April 4, 2009

Dapur Ku Kembali Berasap...

Daging Masak Kicap dengan Kentang

Haaa.... setelah sekian lama dapur ku malap tidak berasap, tidak berbau dek makanan yang aku masak, kali ni semua itu berubah hehehe... dapur Kal El kembali ceria!

Lauk malam ini ialah Daging Masak Kicap dengan Kentang dan juga Telor Dadar... Telor tu tak leh tinggal mesti ada sebab rawatan CAPD yang Kal El jalani sekarang ni requires me to eat at least 2 butir telor sehari - for the protein sebenarnya.

Telor Dadar

Haa... sapa tak tau masak Daging Masak Kicap ni? Senang bai.... begini (huhuh siap kasi resipi lagik ni....)

Daging (sukati la berapa banyak)
Kentang (digoreng dulu)
Bawang (potong bulat)
Lada Sulah (Pepper la tu)
Serbuk Lada Hitam (Black Pepper)
Kicap Masin
Sedikit Gula
Air & Minyak Masak

Caranya:
Tumis Bawang sehingga wangi, kemudian masukkan daging dan goreng sedikit. Masukkan air, lada sulah dan lada hitam serta gula. Kacau, kacau dan kacau, masukkan kicap dan biarkan sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu. Last-last sekali masukkan kentang (masuk last supaya tak jadik lembik ler).

Errr... telor dadar reti buat tak?

Friday, February 27, 2009

Vegetable Stew


Tetiba Kal El terigin nak makan stew dengan nasi... jeng..jeng..jeng... kaki dah takde pun nak masak lagi ni.. heheheh bantai saja la, bukannya susah nak buat pun. I preferer vegetable stew yang penuh dengan kentang, carrot and onion di makan bersama nasi putih dengan a little kicap masin dan chlli sauce on it... perghhhh sedappppp wooo!


Nasi dengan stew tadi sedap di makan dengan teh o ais. This time I prepared Ahmad Tea -Peach & Passion Fruit with lots of ice cubes!


Thursday, December 4, 2008

Tom Yam Ayam & Sayur

Tom Yam Sayur & Ayam - Makan Bersama Nasi Putih

Kal El masak lagi! Kali ni resipi yang amat simple (dan mengelat) sebab pakai sos/rempah tomyam segera adabi. Sebenarnya bagi pesakit renal failure macam Kal El ni, tak digalakkan makan makanan bersup tapi Kal El teringin la... bukan teringin tomyam yang beli kat kedai tapi tom yam yang Kal El masak sendiri. Boleh ke teringin kat masakan sendiri? Heheheh tak pernah dibuat orang kan?

Sayur Mesti Banyak Baru Best.

Dulu masa mummy, papa dan ka'ngah ke mekah menunaikan haji Kal El selalu la masak tom yam begini untuk Sapit. Zaman-zaman bujang dulu ler, tahun 90an. Senang je, Kal El suka rempah Tom Yam Adabi (yang dalam botol) di campur dengan kiub Tom Yam Knorr. Masukkan bawang satu labu (dipotong besar2) kentang dan carrot (lebihkan carrot) dan potongan ayam boneless. Kalau nak masuk sayur lain pun boleh, ikut suka lah tapi Kal El memang suka carrot kentang dan bawang. Ayam pun sebenarnya Kal El tak minat letak dalam Tom Yam tapi itu untuk KN. Biar mendidih Tom Yam tu dan makan dengan nasi putih... hmmmmm meleleh plak air lior ni... huhuhuh.

Monday, December 1, 2008

My First Nasi Lemak - Nasi Lemak Superman



Haaa dah 3 hari ni Kal El tayang hasil masakan 'My First' series - percubaan kali pertama memasak berbagai masakan yang Kal El amat teringin sekali nak makan. Memang boleh beli tapi kalau boleh nak makan resipi Ka'ngah dan hasil masakan air tangan dia sendiri. Tapi sebab dia pun tak sihat kan, maka Kal El belajar-belajar la masak sendiri.

Pau Goreng Sambal Superman

Setelah berjaya buat sambal tumis dan pau goreng sambal, makan Kal El melangkah setapak lagi dengan mencuba masak Nasi Lemak. Bagi sesetengah orang Nasi Lemak ni dia masak tiap-tiap minggu, ada yang hari-hari tapi ini adalah kejayaan bagi Kal El yang pertama kali memasaknya. Heheheh buat malu je. Tapi ok la kan, lelaki yang masak... opsss terbocor rahsia jantina Kal EL muahhahaahha rahsia ke?

Nasi Lemak Superman
Clockwise: Serunding Daging, Timun, Ikan Bilis Goreng dan Kacang Goreng Superman

Err...err... malu la... Telur (Rebus) Superman?
Ayam Goreng Superman

Sambal Tumis Superman

So gambar-gambar di atas tu ialah lauk-pauk untuk hari tu, Kal El buat banyak sebab ajak Ka'ngah dan keluarga terdekat untuk merasa masakan lelaki Super ini. Heheheh Ka'ngah kata sedap (kembang kempis la hidung Kal El) Tapi betul la orang kata kalau sendiri masak memang tak lalu nak makan. Penat agaknya. Mana tak, dari malam sebelumnya Kal El sibuk memotong bagai dan paling memenatkan ialah membuang biji cili kering untuk buat sambal tu. Sekarang baru la Kal El tau penat rupanya memasak ni. Selama ni asik oder-oder je Ka'ngah masak itu ini... kalau teringin cakap je pasti Ka'ngah buat untuk anak sedara kesayangannya ini.

Tadaaa! Sepinggan Nasi Lemak Superman!
So lauk hari tu ialah telur rebus, ayam goreng, timun, kacang (terhangus sket), serunding daging dan ikan bilis goreng. Kal El turut hidangkan Pau Goreng Sambal Superman yang telah di frozenkan 2 hari lepas dan juga Ubi Rebus... tapi Ubi Rebus ni kata papa dah masuk air masa belum dicabut dari tanah... huhuh mana la Kal El tau, main beli je kat Jusco tu.

Ubi Rebus Superman Gak

Yang Kal El bangga, Along dan Saput siap bungkus nasi tu bawak balik untuk dinner katanya. Sambal tumis Kal El masak 2 kali dan Nasi Lemak pun 2 kali. Laku la tu hehehehe. Ka'ngah kata Pau Goreng Sambal tu sedap wahhhhh lagi la kembang kempis hidung ni hehehehe.

Nasi Lemak ni memang senang je nak buat:

Here's How:
Sukatan santan (perah sendiri jangan pakai yang instant tak sedap) mengikut jumlah sukatan beras. Kalau 3 pot beras, maka 3 pot santan digunakan. Santan tu plak dipanaskan di periuk berasigan sebelum dicampur ke dalam beras.
Bawang Merah (bukan bombay), Bawang Putih dan Halia (lebihkan semuanya terutama halia supaya bau wangi) di kisar dan dicampurkan sekali.
Masukan garam secukup rasa
Ikatkan daun pandan dan titikkan serai dan sumbat semua dalam rice cooker.
Beres...

Haaa yang lain-lain tu takkan tak reti kan nak buat? Nak kene ajar macamana nak rebus telur gak ke?

Sunday, November 30, 2008

My First Pau Goreng Sambal - Pau Goreng Sambal Superman

Haaa kalau nak tau, ni la dia pau goreng sambal yang Kal El buat tapi shhhh! ada rahsia... pau ni tak jadi hehehe sebabnye? Kal El tengok resipi kat Internet dan Kal El tak tau yang adunan ni tak boleh di simpan dalam fridge. So penat la Kal El menggentel pau sambal ni semalaman dari pukul 8 sampaila pukul 11:30 malam. Bila nak digoreng keesokkan harinya semuanya melekat dan rasanya huk ala.... buruk gila. Yang herannya resipi ni suruh campur minyak, macam buat roti canai plak. Akhirnya... masuk ke tong sampah semuanya!


Pau Goreng Sambal Versi 1 yang Tak Jadi - Kesilapan Teknikal


Tapi Kal El tak putus asa. Beberapa hari lepas tu Ka'Ngah datang rumah dan Kal El minta resipi dari dia. Dah lama Ka'ngah tak buat Pau Goreng Sambal ni. Yang Kal El suka adalah Pau Goreng Sambal yang dijual di kampung Papa di Pontian... Masa kecik-kecik dulu la... dah berkurun lamanya Kal El tak balik sana sebab dah takde sapa pun sana.



Pau Goreng Sambal Versi 2 yang Menjadi -
Happynye! Di Goreng Sedikit dan Sedia untuk Di Frozenkan


Resipi Ka'ngah seperti biasa menjadi dan amat sedap sekali. Rupa-rupanya kalau nak simpan dalam fridge/freezer buat jadi frozen food kene la di goreng sedikit dulu... kalau tak, alamatnya dalam tong sampah la perginya... melekat dan adunan pau tu pun rosak.

Sambalnya Kal El guna yang Kal El masak sehari sebelumnya (lihat entry sebelum ni). Macamana nak buat adunan pau? Senang bangat!



Keratan Rentas Pau Goreng Sambal yang Siap Di Goreng... Yum! Yum!


Here's how:
Campurkan serbuk roti Mauripan ke dalam cawan dengan air (paip yang difilter pun ok. Jangan pakai air sejuk nanti lambat naik) lalu kacau dan biarkan ia naik.
Setelah campuran tadi naik, curahkan pada 500g tepung gandum campur gula dan garam secukup rasa. (see, gula mesti ada hehehe) kemudian gaulkan....
Tambah sedikit air kalau perlu.
Dah sebati bulat-bulatkan adunan tadi. This is the hard part sebab akan melekat-lekat. Sediakan tepung gandum dan sapu pada tapak tangan supaya adunan tak melekat.
Leperkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi, letak sambal di tengahnya dan pujutkan serta jadikannya bulat semula.
Goreng sedikit dan bolehlah disimpan dalam freezer untuk dijadikan frozen food. Nak makan terus goreng la sampai masak... jangan hangus plak ek.


Huhuhuhu terlapar plak tengok masakan sendiri!

Saturday, November 29, 2008

My First Sambal Tumis - Sambal Tumis Superman

Salah satu masakan Ka'ngah yang Kal El teringin sangat ialah sambal tumis. Ka'ngah tahu cara masakan yang Kal El suka... pekat dan berapi! Kal El tak suka kalau sambal tumis cair apatah lagi kalau tak pedas. Dah menjadi tradisi keluarge belah mummy kalau masak pasti letak gula (bukan, kami bukan orang Kelantan tapi asal dari Kukup, Pontian), so sambal tumis ni pedas-pedas manis. (Patut la ada Kencing Manis ek?)

Takut Tengok Minyak Meladung? Boleh Buang...Jangan Risau...


Kal El plan nak buat Pau Sambal Goreng menggunakan sambal tumis ni. Nak buat? Rupa-rupanya senang je buat sambal tumis. Tidak ler Kal El tau selama ni. Kalau tau senang macam ni dah lama Kal El cuba. Thank you Ka'ngah for the recipe. Macam-macam lagi nak cuba ni. Ok la boleh la tahan sedap (huhu puji diri sendiri... ye la KN tak makan pedas so dia tak dapat ler rasa dan memuji makanan Superman dia ni kan heheeh)

Dengan Lighting yang Betul -
Beginilah Warna Sambal Tumis Superman yang dah Masak


Here's how to cook this sambal tumis.
Cili kering (buang biji, sikit sikit ada takpe - takut perut bocor nanti kalau tak buang tapi kalau dah dasar pemalas, tak dapek Kal El nak tolong) - kemudian rebuskan cili kering tu untuk bersihkannya. Tos.
Bawang merah - jangan guna bawang bombay ek
Bawang putih
Blendkan Cili kering, bawang merah dan bawang putih.
Gula - Kal El letak dalam 10 sudu besar untuk 1 paket kecik sambal - dapat la satu tupperware tu
Garam sket

Caranya:
Panaskan minyak (Tips: letak banyak cepat masak, dah masak nanti bolh buang sket minyak dia)- make sure betul-betul panas dan masukkan kisaran cili dan bawang tadi
Masukkan juga gula dan garam (rasa-rasa la masa masak tu nanti, tak cukup tambah lagi)
Goreng dengan sangat lama dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau sambal tu supaya tak hangus. Kalau kaler dia dah agak gelap dari asalnya (bukan gelap hangus ek) maka dah masak ler... make sure masak betul kang sakit perut kang!

Siap! makan dengan roti pun sodap... buat sambal nasi lemak lagi sodap... buat pau goreng sambal pun lagi sodap... makan dengan nasi letak telur rebus pun sodap.....

p/s kalau tertanya-tanya kenapa tak letak ikan bilis... 1. Kal El tak makan ikan 2. sambal tumis ni memang kosong intentionally...

Ok la... Kal EL namakan sambal tumis ni Sambal Tumis Superman... boleh simpan dalam freezer buat dimakan lain kali... heheh untuk orang bujang especially! Selamat mencuba! Ada berani?

Saturday, October 25, 2008

Kurma Ayam & Telur Dadar

Kal El Masak Mesti Banyak Kentang dan Bawang - tapi Kuah TERcair

Masa untuk main masak-masak lagi. Kal El sebenarnya kemaruk sangat nak makan masakan Ka'ngah (my aunty yang memang masakkan untuk kami sekeluarga sejak umur Kal El sebulan lagi) Bayangkan lah kalau dah sekian lama tak merasa masakan air tangan orang yang dah biasa masakkan kita. Masa Raya hari tu Ka'ngah ada masak my favourite Paceri Nenas dengan Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan Nasi Minyak tapi yang Kal El ada beberapa masakan yang betul-betul teringin nak makan. Cari tempat lain pun tak sama dengan rasa air tangan makcik ku ini.

Telur Dadar + Oregano

Bukan Kurma Ayam dan Telur Dadar, tu sebagai hiasan je heheheh sebagai selingan sementara menantikan Kal El berani nak mencuba sendiri masak masakan yang Kal El teringin tu. Tapi manakan nak sama. Ka'ngah pernah kata dulu, "Macamana la kalau aku mati esok, korang kebulur la jawabnya" Aku jawab "Kal El pi tunggu tepi kubur la tunggu Ka'ngah bangun masak untuk kitorang" muahahaha bertuah tak punya anak sedara menjawab gitu? Nak buat macamana kan, dah dia masak sedap sehingga menjilat jari!

Wednesday, October 15, 2008

Spaghetti Bolognese

Tetiba terajin plak nak masak Spaghetti Bolognese setelah sekain lama... cuma tak rajin plak nak buat Meatballs. Kalau ada meatballs pasti mengancam tapi kuah spaghetti ni dah cukup banyak guna daging.


Haaa... ni sebenarnya makanan untuk 2 orang je, biasa la Kal El kalau masak tak reti sikit-sikit macam nak masak untuk kenduri 4 - 5 orang.



Makan spaghetti memang sedap kalau letak banyak grated parmesan... lagi banyak lagi bestttt! Huhu macam sedap plak tengok gambar masakan sendirik ni heheheh...

Tuesday, October 7, 2008

The Best Way to Eat Kerang Rebus

Step 1: Rebus Kerang

Step 2: Kopek Kerang

The only underwater creature I dare put into my mouth are cockles or kerang but not any kerang for that matter, only those brought to boil (Kerang rebus). Buat la kerang lauk apa pun I will not touch unless it's Kerang Rebus with the essential of at least Sambal Kicap present.

Step 3: Taburkan Kacang Goreng yang ditumbuk
Kemudian Gaulkan bersama Kerang dan Sambal Kicap

Kerang Rebus would taste so much better kalau ada ground peanuts/kacang tanah goreng (don't grind them too soft, biar kasa-kasar sikit) mix the peanuts with Sambal Kicap and Walla dip the Kerang into it or best still, gaul everything together. Huhuhu sedapnyaaaa sehingga menjilat jari kaki!

Step 4: Makanlah Sepuas-puasnya

Wednesday, July 2, 2008

Jemput-jemput Bawang

Can anyone tell me why Jemput-jemput is called by some, Cekodok? I don't see any resemblance of the food to a frog. And why in the world would anyone name their food after such slimy and hideous creature?


Look at the Onions... Yummy!

Anyway, I was in my very rare mood to cook and last weekend I had a sudden craving for Jemput-jemput Bawang...with LOTS of thickly sliced onion. I would usually crispy-deep fry them so that they become real crunchy on the outside but soft in the inside with thick pieces of juicy onion. I love dipping these Jemput-jemput Bawang with chili sauce. Yummy! Now, isn't Jemput-jemput a nicer name for such a delicious traditional food?



Popular Posts

Syahr El's Labels

Dining Out (107) Enjoying Life (55) My Friends (55) Being Malaysian (53) Being A Diabetic (47) Being Half Superman (45) The Blood Sucking Sicko Company (44) Movies (43) My Beloved Family (37) Stuff from the Internet (31) Loving Sheila Majid (30) Community Reminders (29) Renal Failure (26) Home Cooked Meals (23) OKU (22) Ramadhan (21) Jogja and Solo (17) Bukit Antarabangsa (16) Toys and Gadgets (14) Emotions (13) Bangkok (10) Phuket (10) Bali (9) Kota Kinabalu (9) Umrah (9) Andalusia Travel n Tours (8) Intense Continuous Torture (8) Chili's (6) Opportunities (6) Signature Foodcourt KLCC (6) Theathres (6) Hillside Corner Bukit Antarabangsa (5) Supernatural Encounters (5) Cozy Corner/House (4) MRSA (4) Photography (4) Puti Bungsu Batam (4) The Eye Company (4) Brunei Darussalam (3) Cherating (3) Dunkin' Donuts (3) Ikea (3) Janda Baik (3) Kampung Baru (3) Kanna Curry House (3) KruaThai Restaurant (3) Makassar Sulawesi (3) Old Town White Coffee (3) Singapore (3) Tony Roma's (3) Anuar Zain (2) Bubba Gump Shrimp Co. (2) Cafe Milano KLCC (2) Genting Highlands (2) Krispy Kreme (2) Laksa Shack (2) Medan (2) Nandos (2) Paddington House of Pancakes (2) Points to Ponder (2) Sri Paandi (2) Steven's Corner Banan Leaf Restaurant (2) Apam Balik Aba Ee (1) Asam Pedas Melaka AEON Setiawangsa AU2 (1) Australia (1) Black Canyon Coffee (1) Bora Ombak (1) Boston Jusco AU3 (1) Bumbu Desa (1) Carl's Jr. (1) Chawan Bangsar (1) Chee Meng Chicken Rice (1) Delifrance (1) Diabetivc (1) Djeumpa Restaurant (1) Dome KLCC (1) Dominos Pizza (1) Dreams (1) Fruitland AEON Setiawangsa AU2 (1) Garden Cafe (1) Glitters Cafe GSC Pavilion (1) Grand Seasons Hotel (1) Hainan Street Cafe (1) Hard Rock Cafe (1) Hartz Chicken Buffet (1) Heart Failure (1) Home Town Yong Tau Foo (1) House (1) Hui Masakan Cina Muslim (1) Ice Room (1) J.Co Donuts (1) Jakarta (1) KL Convention Centre Food Court (1) Keretapi Tanah Melayu (1) Kopi Oh (1) Lanna Thai The Garden's FoodGarden (1) Lecka-lecka Ice Cream (1) London Fish Tales Signatures KLCC (1) Lung Abscess (1) Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor (1) Mama Nyonya The Curve (1) Mathai's House of Curries (1) McDonalds (1) Nabila Corner (1) Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (1) Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam (1) Nasi Daun Pisang Batu Caves (1) Nasi Lemak Adik (1) Nasi Lemak Antarabangsa (1) Nasi Lemak Boss Ampang (1) Nasi Lemak Sulaiman Court (1) Octopus Susih Wangsa Walk (1) On The Run Cafe (1) Pasar Malam (1) Penang (1) Pizza Hut (1) Pizza Papa John's Times Square (1) Planet Hollywood (1) Poetry (1) Port Dickson (1) Putrajaya Lake Club (1) Rahsia Bistro (1) Restoran AJ Masakan Melayu Johor (1) Restoran Bismilah (1) Restoran D'Templer (1) Restoran Haji Tapah (1) Restoran Syed (1) Roadhouse Grill (1) SOCSO (1) Sakura Kristal (1) San Francisco Coffee (1) Satay Kajang Haji Samuri (1) Secret Recipe Wangsa Walk (1) Siem Reap (1) Sins (1) Starlight Cinema (1) Station Kopitiam (1) Teppanyaki (1) The Canteen Room (1) Thurkah's Banana Leaf Rice (1) Unit Trust (1) Universal Studios Singapore (1) Very Thai Times Square KL (1) Victoria Station (1) Vienna Bagels (1) Vivo American Pizza and Panini (1) Warisan JasaMedik (1) Williams PJ (1) Yellow Cab Pizza (1) Yoshinoya (1) hantu (1) iCTLT (1) st (1)
Blog Widget by LinkWithin