Memang lumrah hidup kita dikelilingi oleh makhluk Allah yang berbagai, Ada manusia yang berbagai perangai dan rupa dan ada juga makhluk ghaib yang kita tak nampak macam hantu, setan, jembalang ataupun jin. Walaubagaimanapun kadang-kadang dengan kuasa Allah yang esa, mereka ni muncul juga dalam pelbagai segi, dan kadangkala juga menyerupai sesuatu jasad.
Syahr El sudah beberapa kali 'diganggu' makhluk-makhluk ghaib ini. Ada kalanya meeka hanya muncul sekadar bergurau senda dan ada kalanya mereka memang betul-betul mengganggu.

Di HKL wad Nefrologi 2B juga Syahr El pernah kene ganggu, kali ini oleh 2 perempuan yang sangat cantik. Mereka cuba menarik Syahr El dalam mimpi Syahr El ke sebuah kubur Cina dan dada Syahr El terus terasa seperti ditekan dengan kuat dan sesak nafas. Bila Syahr El cuba membaca ayat suci, mulut seakan terkunci sehinggalah kedengaran Azan Subuh dari Masjid berdekatan.
Di PPUM juga Syahr El pernah diganggu di wad ID1, terletak dibangunan lama berhadapan wad bersalin. Memang semasa Syahr El di sana ada cerita seorang pakcik ternampak cik ponti berlegar terawang-awang di tingkap bilik tingkat 1 itu. Selepas kejadian itu jururawat-jururawat memastikan langsir setiap bilik pesakit ditutup pada waktu maghrib. Syahr El pernah dipindahkan kesebuah bilik yang amat misteri. Bilik tersebut ada dipasang aircond tetapi sangat panas. Bila ditambah kipas juga masih panas dan hanya bilik ini dan bilik disebelahnya sahaja yang mempunyai pintu gelongsor kaca tambahan dan dikunci rapi. Syahr El dipindahkan kebilik ini kerana bilik tidak mencukupi dan ada kes-kes yang lebih kronik pada waktu itu. Bilik ini pula terletak dihujung wad. Di sini Syahr EL telah bermimpi makhluk-makhluk yang terbakar kulit badan dan muka mereka. Dalam mimpi tersebut Syahr El telah cuba ditarik ke dalam sebuah bilik. Syahr El terkejut dari mimpi dan satu makhluk tersebut muncul berbaring di atas katil di sebelah kanan Syahr El dan hanya hilang apabila Syahr El melaungkan 'Allahu Akhbar".
Baru-baru ini Syahr El telah di sapa lagi. Di rumah sendiri di waktu tengahari apabila Syahr El tinggal berseorangan. Sekeping CD jatuh lebih 3 kaki dari woofer dengan tiba-tiba. (Lihat lokasi CD jatuh di dalam gambar di sebelah). Tiada penjelasan logik tentang jarak jatuhnya CD tersebut dan tidak ada logik mengapa CD itu jatuh sendiri. Ianya kelihatan seperti telah dicampak berdekatan kipas tersebut.
Banyak lagi 'encounters' dengan makhluk-makhluk pelik ini pernah Syahr El lalui dan biarlah ianya tinggal terpahat di hati sendiri.
Banyak lagi 'encounters' dengan makhluk-makhluk pelik ini pernah Syahr El lalui dan biarlah ianya tinggal terpahat di hati sendiri.
Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengerti apa yang berlaku disebalik segala kejadian yang diizinkanNya . Yang pelik dan misteri itu ada benarnya dan bukan hayalan dan mimpi semata-mata. . Wallahualam.
No comments:
Post a Comment