Siapa sangka semasa Planet Krypton hampir musnah JOR-EL telah melepaskan sebuah lagi kapal angkasa selepas KAL-EL yang berjaya mendarat di Kuala Lumpur, Malaysia. Anaknya ini dinamakan Syahr-El...

Monday, November 1, 2010

Asam Pedas Melaka @ AEON AU2



Masa pergi JCard Day kat AEON Setiawangsa AU2 hari Khamis minggu lepas, kami singgah di Restoran Asam Pedas Melaka sebelum shopping kerana perut tersangatlah lapar. Berjanji nak pergi jam 10 pagi tapi kami terbangun lewat dah tiba di AEON AU2 betul-betul waktu makan tengahari.

Bagi Syahr El, pengalaman pertama kali di Restoran Asam Pedas ni memang menarik, makanannya boleh tahan sedap, mungkin sebab dah lama betul Syahr El tak makan masakan Melayu Asli begini dan ditambah pula dengan kehadiran sambal belacan bagi setiap menu yang di order.


Walaupun begitu, ada juga beberapa rungutan yang Syahr El rasa patut diketengahkan di sini. Antaranya ialah kebersihan. Lantai ditempat duduk kami agak kotor dengan sisa-sisa nasi yang mungkin ditumpahkan oleh anak kecil sebelum kami duduk di situ. Pelayannya menawarkan untuk membersihkan lantai tersebut tapi pada pendapat Syahr El, ianya patut dilakukan sebelum pelanggan duduk di situ bukannya selepas.

Ada beberapa rungutan Syahr El tentang makanan mereka walaupun rata-rata Syahr El puas hati dengan rasa main dish yang syahr El order.

Untuk minuman, kami pesan ABC untuk Syahr El dan Oreo Cookie Ice Blend untuk Amir. ABCnye telah separuh cair bila tiba di meja kami. Angin jugak sebab bukan sahaja cair tapi melimpah ke piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk ABC tersebut.

Syahr El order Masak Lemak Cili Padi Daging salai dengan Nasi Putih.Memang sedap, masak lemaknya terasa pedas dan  makin sedap lebih-lebih lagi dengan adanya sambal belacan.


Masak Lemak Cipi Padi Daging Salai

Amir pula order Ikan Kembung Bakar bersama nasi. Kesian Amir sebab ikan kembungnya sangat kecil dan hanya seekor pula tu. Pada gambar di dinding restoran menunjukkan menu ini datangnya dengan dua ekor ikan, hmmmm macamana tu? Harga ikan kembung naik kah?


Ikan Kembung Bakar

Menu tambahan kami (juga dimakan bersama main dish tadi) ialah Gado-gado. Boleh tahan rasanya kecuali tempe (yang menjadi kegemaran Syahr El hangus dan rasanya pahit semacam. Sepatutnya kalau dah hangus tu jangan lah dihidangkan kepada tetamu. Buat spoil saja.

Gado-gado

Sunday, October 31, 2010

My first outing with the SONY a55

Semalam Syahr El pergi ke Putrajaya untuk belajar guna the new DSLR SONY a55 yang beli tempoh hari. Teringin nak ke bird park or butterfly park kat Tasik Perdana tu tapi Amir kata susah nak access guna wheelchair. So niat tu kene la tangguh hingga Syahr El dapat prosthesis nanti. InsyaAllah. 

Sampai kat Putrajaya semalam Syahr El kesian pulak kat Amir nak kene sorong wheelchair untuk Syahr El ambil gambar. So Syahr El decided ambil gambar dari dalam kereta. Rasa kecewa juga tapi tak mengapalah, at least dapat juga belajar ambil gambar dari Amir walaupun dari dalam kereta. Boleh tahan juga lah gambar yang diambil. (Heheheh terpuji diri sendiri pulak, masuk bakul angkat sendiri)

InsyaAllah nanti lain kali boleh ambil gambar lagi. Selasa depan pun kami nak ke Lookout Point kat Ampang-Hulu Lamgat tu. Mesti cantik view sunset Metropolitan Kuala Lumpur. Amir ada ambil gambar di sana sebelum ni. Memang cantik. Tapi Syahr El tak boleh la nak lawan dia yang professional photographer tu but I'm sure i'll be at that level one day, with or without the limitations that I have. Ahahah pegang cameria lama-lama pun tak larat tangan cepat kebas. Tangan kanan Syahr El memang tak kuat, physiotherapist pun cakap macam tu. ini disebabkan stroke yang Syahr El kena bulan Februari lalu.


 Ok tengoklah sample gambar-gambar yang Syahr El ambil semalam ya.

Chili's KLCC

Lepas dialysis on Friday Syahr El ajak Amir pi KLCC untuk cari hand grip strap for my new SONY a55 kat SONY Center tapi takde stok pulak. SO we went around tengok-tengok itu ini dan terbeli lah beberapa item disekitar Suria KLCC tu. 


Penat berjalan (Syahr El naik kerusi roda la kan tapi penat la jiugak duduk tu) kami decide to go to Chili's for dinner. Waiting time was 30 minutes dan kami jalan la lagi.

For starters we ordered our usual - Jack Nachos with Fajita Beef dan Garlic Bread. syahr El sukalah kalau makan Nachos ni dengan Amir sebab dia tak makan the jalapenyos (betul ke eja ni?) and I love them so much. Maka bertimpa timpa cili tu atas Nachos saya. Nyum Nyum! I also love Chili's punya garlic bread sebab terasa garlic dan kelembutan rotinya.

Jack Nachos with Fajita Beef

Garlic Bread
Untuk mains, Syahr El ordered Mesquite Salad yang ada boneless breast in cajun dan juga beef bacon. Sedap juga makan salad ni. Maklumlah kan Syahr El on a one meal a day salad replacement plan (kononnya nak kurus sebab dah put on 4kgs beberapa minggu ni) tapi serving salad ni memang sungguh banyak, macam untuk 2 ekor kambing makan....emmmmbeeekkkkkk!

Mesquite Salad

AMir, as usual dia akan order Country Fried Chicken, tak muak-muak dia ni makan benda ni... apa pun Syahr El tetap rindu kat Chili's Country Fried Steak. Memang sedap bangat tapi sayangnya dah discontinued benda alah tu. Apa jugak la Chili's ni benda sedap dia pi discontinue pulak kan? Air pulak, Syar El ordered Lemonade while Amir ordered Iced Lemon Tea.

Country Fried Chicken

Lemonade (L) & Iced Lemon Tea (R)

Popular Posts

Syahr El's Labels

Dining Out (107) Enjoying Life (55) My Friends (55) Being Malaysian (53) Being A Diabetic (47) Being Half Superman (45) The Blood Sucking Sicko Company (44) Movies (43) My Beloved Family (37) Stuff from the Internet (31) Loving Sheila Majid (30) Community Reminders (29) Renal Failure (26) Home Cooked Meals (23) OKU (22) Ramadhan (21) Jogja and Solo (17) Bukit Antarabangsa (16) Toys and Gadgets (14) Emotions (13) Bangkok (10) Phuket (10) Bali (9) Kota Kinabalu (9) Umrah (9) Andalusia Travel n Tours (8) Intense Continuous Torture (8) Chili's (6) Opportunities (6) Signature Foodcourt KLCC (6) Theathres (6) Hillside Corner Bukit Antarabangsa (5) Supernatural Encounters (5) Cozy Corner/House (4) MRSA (4) Photography (4) Puti Bungsu Batam (4) The Eye Company (4) Brunei Darussalam (3) Cherating (3) Dunkin' Donuts (3) Ikea (3) Janda Baik (3) Kampung Baru (3) Kanna Curry House (3) KruaThai Restaurant (3) Makassar Sulawesi (3) Old Town White Coffee (3) Singapore (3) Tony Roma's (3) Anuar Zain (2) Bubba Gump Shrimp Co. (2) Cafe Milano KLCC (2) Genting Highlands (2) Krispy Kreme (2) Laksa Shack (2) Medan (2) Nandos (2) Paddington House of Pancakes (2) Points to Ponder (2) Sri Paandi (2) Steven's Corner Banan Leaf Restaurant (2) Apam Balik Aba Ee (1) Asam Pedas Melaka AEON Setiawangsa AU2 (1) Australia (1) Black Canyon Coffee (1) Bora Ombak (1) Boston Jusco AU3 (1) Bumbu Desa (1) Carl's Jr. (1) Chawan Bangsar (1) Chee Meng Chicken Rice (1) Delifrance (1) Diabetivc (1) Djeumpa Restaurant (1) Dome KLCC (1) Dominos Pizza (1) Dreams (1) Fruitland AEON Setiawangsa AU2 (1) Garden Cafe (1) Glitters Cafe GSC Pavilion (1) Grand Seasons Hotel (1) Hainan Street Cafe (1) Hard Rock Cafe (1) Hartz Chicken Buffet (1) Heart Failure (1) Home Town Yong Tau Foo (1) House (1) Hui Masakan Cina Muslim (1) Ice Room (1) J.Co Donuts (1) Jakarta (1) KL Convention Centre Food Court (1) Keretapi Tanah Melayu (1) Kopi Oh (1) Lanna Thai The Garden's FoodGarden (1) Lecka-lecka Ice Cream (1) London Fish Tales Signatures KLCC (1) Lung Abscess (1) Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor (1) Mama Nyonya The Curve (1) Mathai's House of Curries (1) McDonalds (1) Nabila Corner (1) Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (1) Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam (1) Nasi Daun Pisang Batu Caves (1) Nasi Lemak Adik (1) Nasi Lemak Antarabangsa (1) Nasi Lemak Boss Ampang (1) Nasi Lemak Sulaiman Court (1) Octopus Susih Wangsa Walk (1) On The Run Cafe (1) Pasar Malam (1) Penang (1) Pizza Hut (1) Pizza Papa John's Times Square (1) Planet Hollywood (1) Poetry (1) Port Dickson (1) Putrajaya Lake Club (1) Rahsia Bistro (1) Restoran AJ Masakan Melayu Johor (1) Restoran Bismilah (1) Restoran D'Templer (1) Restoran Haji Tapah (1) Restoran Syed (1) Roadhouse Grill (1) SOCSO (1) Sakura Kristal (1) San Francisco Coffee (1) Satay Kajang Haji Samuri (1) Secret Recipe Wangsa Walk (1) Siem Reap (1) Sins (1) Starlight Cinema (1) Station Kopitiam (1) Teppanyaki (1) The Canteen Room (1) Thurkah's Banana Leaf Rice (1) Unit Trust (1) Universal Studios Singapore (1) Very Thai Times Square KL (1) Victoria Station (1) Vienna Bagels (1) Vivo American Pizza and Panini (1) Warisan JasaMedik (1) Williams PJ (1) Yellow Cab Pizza (1) Yoshinoya (1) hantu (1) iCTLT (1) st (1)
Blog Widget by LinkWithin