Siapa sangka semasa Planet Krypton hampir musnah JOR-EL telah melepaskan sebuah lagi kapal angkasa selepas KAL-EL yang berjaya mendarat di Kuala Lumpur, Malaysia. Anaknya ini dinamakan Syahr-El...

Sunday, November 14, 2010

The Best Birthday Ever!

Alhamdulillah, umur Syar El menhangkau 25(+10) tahun ini. Muda lagi heheheh. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah berikan walaupun terlalu banyak dugaan yang terpaksa Syahr El tempuhi tapi insyaAllah semuanya Syahr El tempuhi dengan tabah, moga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.

Alhamdulillah juga dalam keadaan Syahr El cacat, masih dan makin ramai yang sayangkan Syahr El. Sungguh sebak rasa hati apabila hampir 100 orang yang mengucapkan dan mendoakan kebaikan sempena hari lahir Syahr El di Facebook. Syahr El bersyukur dengan adanya Facebook ramai kawan-kawan lama, juga dari kalangan rakan sekolah rendah yang dapat dikumpulkan semula. Sesungguhnya Facebook banyak kebaikan jika digunakan dengan betul, terutamanya untuk mengikat dan merapatkan silaturrahim. Ada kalanya adik beradik yang jauh juga dapat dirapatkan dengan Facebook.

Syahr El bukan nak bercakap tentang kebaikan atau keburukan Facebook tapi dengan channel inilah ramai kawan-kawan lama dapat dihubungi, Alhamdulillah.

Sempena hari lahir Syahr El tahun ini, sememangnya the very best of all celebrations, Syahr El telah diraikan rakan-rakan sekolah rendah 4 hari lebih awal semasa kami berkumpul di News KTV. Terima kasih atas kejutan (macam Akademi Fantasia lah pulak ada kejutan) but I was really overwhelmed and thankful for the remembrance. Thank you Azli, Abby, Rose, Aidah, Jimmy, Nazir, Amir n my very best friend from primary school, Bakhlis.

Syahr El juga dapat menyambut hari lahir di Avillion Port Dickson. Dah lama teringin nak tidur di resort terapung di Port Dickson ini. Alhamdulillah impian Syahr El dapat dilaksanakan akhirnya walaupun selama satu malam tetapi satu malam itulah yang amat menggembirakan. Alhamdulillah.

Di Port Dickson juga Syahr El bertemu rakan lama semasa di universiti, Aleen. Di situ juga kami bertemu suaminya, Fared dan ibu mertuanya di restoran ikan bakar mereka. Alhamdulillah, hari lahir Syahr El disambut dengan birthday lunch di situ. Terima kasih Aleen, Fared dan Mak.

Juga dalam minggu sebelum dan selepas hari lahir, Syahr El dapat bertemu dan bersuka-ria bersama rakan-rakan karib Syahr El dari universiti. Kami telah bersama sejak zaman matrikulasi (maksudnya sudah 17 tahun kami bersama) Teteapi kami hanya dapat bersama sebahagian daripada kumpulan kami; Wan Irham, Mahid, dan Roy. Shazril dan Zurry tak dapat bersama kerana mereka jauh.

Syahr El juga dapat bertemu Yaya dan Iza di Bangsar, mereka di antara teman rapat Syahr El semasa di universiti dulu.

Selama waktu Syahr El dewasa ini, memang tak pernah hari lahir disambut semeriah ini. Selalunya hari lahir Syahr El jatuh pada hari cuti hujung minggu ataupun pada hari cuti umum (Deepavali) heheheheh tapi takpa, hari lahir Syahr El selama ini disambut dengan keluarga yang Syahr El sayangi.

Apa yang Syahr El rindukan adalah sambutan hari lahir bersama Allahyarhammah ibu Syahr El yang hari jadinya sehari sebelum Syahr El. Moga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas roh beliau dan menerima segala amalaannya semasa mummy hidup dulu. Amin.

Kepada rakan-rakan di Facebook, terima kasih atas ingatan kalian. Moga Allah melindungi kalian selalu, insyaAllah. Amin.

2 comments:

Encik Anif said...

Wahaha.. Meriahnya :) Tentu seronok bila diraikan..

Syahr-El said...

sangat seronok! the best eva!

Popular Posts

Syahr El's Labels

Dining Out (107) Enjoying Life (55) My Friends (55) Being Malaysian (53) Being A Diabetic (47) Being Half Superman (45) The Blood Sucking Sicko Company (44) Movies (43) My Beloved Family (37) Stuff from the Internet (31) Loving Sheila Majid (30) Community Reminders (29) Renal Failure (26) Home Cooked Meals (23) OKU (22) Ramadhan (21) Jogja and Solo (17) Bukit Antarabangsa (16) Toys and Gadgets (14) Emotions (13) Bangkok (10) Phuket (10) Bali (9) Kota Kinabalu (9) Umrah (9) Andalusia Travel n Tours (8) Intense Continuous Torture (8) Chili's (6) Opportunities (6) Signature Foodcourt KLCC (6) Theathres (6) Hillside Corner Bukit Antarabangsa (5) Supernatural Encounters (5) Cozy Corner/House (4) MRSA (4) Photography (4) Puti Bungsu Batam (4) The Eye Company (4) Brunei Darussalam (3) Cherating (3) Dunkin' Donuts (3) Ikea (3) Janda Baik (3) Kampung Baru (3) Kanna Curry House (3) KruaThai Restaurant (3) Makassar Sulawesi (3) Old Town White Coffee (3) Singapore (3) Tony Roma's (3) Anuar Zain (2) Bubba Gump Shrimp Co. (2) Cafe Milano KLCC (2) Genting Highlands (2) Krispy Kreme (2) Laksa Shack (2) Medan (2) Nandos (2) Paddington House of Pancakes (2) Points to Ponder (2) Sri Paandi (2) Steven's Corner Banan Leaf Restaurant (2) Apam Balik Aba Ee (1) Asam Pedas Melaka AEON Setiawangsa AU2 (1) Australia (1) Black Canyon Coffee (1) Bora Ombak (1) Boston Jusco AU3 (1) Bumbu Desa (1) Carl's Jr. (1) Chawan Bangsar (1) Chee Meng Chicken Rice (1) Delifrance (1) Diabetivc (1) Djeumpa Restaurant (1) Dome KLCC (1) Dominos Pizza (1) Dreams (1) Fruitland AEON Setiawangsa AU2 (1) Garden Cafe (1) Glitters Cafe GSC Pavilion (1) Grand Seasons Hotel (1) Hainan Street Cafe (1) Hard Rock Cafe (1) Hartz Chicken Buffet (1) Heart Failure (1) Home Town Yong Tau Foo (1) House (1) Hui Masakan Cina Muslim (1) Ice Room (1) J.Co Donuts (1) Jakarta (1) KL Convention Centre Food Court (1) Keretapi Tanah Melayu (1) Kopi Oh (1) Lanna Thai The Garden's FoodGarden (1) Lecka-lecka Ice Cream (1) London Fish Tales Signatures KLCC (1) Lung Abscess (1) Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor (1) Mama Nyonya The Curve (1) Mathai's House of Curries (1) McDonalds (1) Nabila Corner (1) Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (1) Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam (1) Nasi Daun Pisang Batu Caves (1) Nasi Lemak Adik (1) Nasi Lemak Antarabangsa (1) Nasi Lemak Boss Ampang (1) Nasi Lemak Sulaiman Court (1) Octopus Susih Wangsa Walk (1) On The Run Cafe (1) Pasar Malam (1) Penang (1) Pizza Hut (1) Pizza Papa John's Times Square (1) Planet Hollywood (1) Poetry (1) Port Dickson (1) Putrajaya Lake Club (1) Rahsia Bistro (1) Restoran AJ Masakan Melayu Johor (1) Restoran Bismilah (1) Restoran D'Templer (1) Restoran Haji Tapah (1) Restoran Syed (1) Roadhouse Grill (1) SOCSO (1) Sakura Kristal (1) San Francisco Coffee (1) Satay Kajang Haji Samuri (1) Secret Recipe Wangsa Walk (1) Siem Reap (1) Sins (1) Starlight Cinema (1) Station Kopitiam (1) Teppanyaki (1) The Canteen Room (1) Thurkah's Banana Leaf Rice (1) Unit Trust (1) Universal Studios Singapore (1) Very Thai Times Square KL (1) Victoria Station (1) Vienna Bagels (1) Vivo American Pizza and Panini (1) Warisan JasaMedik (1) Williams PJ (1) Yellow Cab Pizza (1) Yoshinoya (1) hantu (1) iCTLT (1) st (1)
Blog Widget by LinkWithin