Kal El memang angin dengan budak-budak yang main mercun kat Oakleaf Park ni. Bising dan mengganggu ketenteraman. Tiap-tiap kali jugak Kal El doakan agar tangan mereka ke jari mereka ke putus. Jahat doa Kal El (lepas tu boleh la geng sama, dah jadik OKU kan) tapi mereka ini tak umpamakan orang lain. Tidak kah ibu bapa mereka terfikir untuk menasihati anak-anak kerana ada penghuni yang tua, ada yang sakit jantung (i'm sure) dan juga ada yang mungkin sedang mentelaah untuk menghadapi major exams tahun ni.
Kalau setakat main bunga api atau mercun biasa tak mengapa. Ini siap masukkan mercun dalam tin/botol agar bunyinya seperti meriam buluh. Dah la kondo ni kalau sebarang letupan memang bergema. Yang makin Kal El angin ialah yang bermain mercun ni budak-budak bangsa Kal El (bukan Kryptonian tapi bangsa yang lagi satu - Melayu ler) Dah la bukan culture Melayu main mercun ni. Kalau Chinese New Year paham la jugak sebab tu adat mereka, tapi tak kira la perayaan apa sekalipun (CNY ke, Christmas ke, Deepavali ke semua yang main mercun kat Oakleaf Park tu budak-budak Melayu)
Pagi tadi selepas subuh berlaku satu insiden. Pernah dulu mercun terbang masuk satu unit kondo. Nasib baik tak jadi apa-apa masa tu. Pagi tadi budak-budak jahat ni telah meletupkan sebuah lif di Blok B. Kan ke mencari nahas namanya tu? Kalau terbakar satu blok kan ke susah? Baik-baik dapat beraya, jadi tragedi pulak. Kalau sendiri dan keluarga sendiri susah tak mengapa ni satu blok susah sebab tak dapat menggunakan lif.
Patut la pagi tadi dari Blok Kal El terbau hangit - nak sampai 11 tingkat tu! Dan ada bomba dan polis di Oakleaf Park. Budak-budak ni bukan tau the sense of belonging sebab bukan diorang yang keluarkan duit beli rumah. Mereka menumpang mak bapak je kat situ. Yang si mak bapak pula, lepaskan dan biarkan saja anak nak buat apa.., Kalau duduk kampung tak apa, selamat tapi kat kawasan kondo? Baik-baik terlepas malapetaka tanah runtuh Disember tahun 2008 karang ditimpa pula malapetaka kebakaran. Siapa nak tanggung?
Berikut ada keratan akhbar Utusan Online hari ini.

6 comments:
doa org yg 'teraniaya' tu mmg dimakbulkan! hehe..
tapi i bukan doa oakleaf terbakar... i doa tangan dorang putus je...
pagi2 tadi dah dengar siren dkt Bukit Atb.. dalam hati cakap... oh no.. janganlah tanah runtuh lagi, macam allergy aje dengar bunyi siren tu , macam mana pun saya ucapkan takziah atas kejadian lif meletup oakleaf ni.. kalau boleh tangkap aje budak2 yang buat angkara tu.. bebudak yg tinggal kat DBKL flat puntak buat kerja macam ni..
heheheh thanks Norish. Kalau kat Bkt Antarabangsa ni memang setiap pagi ada siren - dalam pukul 7 lebih. Ahli parlimen punya escort huhuhu...
i salah sorang penghuni blok B, level 7. nak tuduh2 ni mmg tak baik, tapi i nak nasihatkan mak bapak budak2 yg tak cerdik ni....jagalah anak2 korang. kalau korang rasa korang tak educated, tak pandai nak jaga anak2...takyah lah nak dok kat kondo oakleaf ni...pi lah duduk mana2 flat..tak pun stinggan ka!!!!!
kita ni baru je lepas tragedi tanah runtuh (malapetaka kuasa Allah tapi atas kejahilan manusia)...tup2 ditimpa malapetaka kebakaran pulak(angkara budak2 jahat yg ber'makbapak'kan manusia jenis apa ntah!!)
syukur ada few residents yg memadamkan kebakaran tu b4 bomba sampai...kalau tak, tak tahu nak kata apa...
i bet, mak bapak budak2 ni, mesti tak tolong padamkan api..nak tolong buat apa...nak nak jaga anak pun tak mampu, inikan pula nak padamkan kebakaran.
i lepas geram ni, bcoz kebakaran ni jadi kat level i, dekat ngan unit i. menyusahkan i je...nak pakai lif susah, lantai rumah kotor gile ngan kesan asap!
tp still syukur sbb tak ade kemalangan jiwa n tak jadi apa2 pd semua unit kat blok B.
Dear Anonymous,
Syukur pada Allah kebakaran tu tak melarat dan menjejaskan kehidupan dengan lebih teruk lagi. So sorry to hear that you guys at Block B terpaksa turun dengan tangga dan hanya satu lif yang boleh digunakan untuk naik sahaja - is that true?
I am a handicapped. If this ever happened to the block I am staying in memang nampaknya i tak turun pergi kerja because I find it hard to go down a flight of stairs, apatah lagi nak naik tangga (like last week when all 3 lifts were out of order - and I had to berbuka maggie mee sebab tak boleh turun)
I realised that dah 2 hari tak ada sesiapa main mercun. ALhamdulillah. My sister who is staying di Oakleaf juga told me that bila guards tegur bebudak main mercun the parents marah guards balik. And there was one time bebudak ni main mercun kat bawah kereta orang. Just hope this incident dapat mengajar bebudak ni dan mak bapak mereka sesuatu.
Post a Comment