
Tanggal 1 Januari 2010 mencatatkan sejarah duka untuk negara terutama parti UMNO yang kehilangan seorang tokoh dan veteran politik yang telah begitu lama berkhidmat sejak di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn lagi. Beliau adalah Tan Sri Mohamed Rahmat ata mesra dikenali sebagai Tok Mat. Tok Mat yang pernah berkhidmat sebanyak dua penggal sebagai Menteri Penerangan, juga sebagai Setiausaha Agung UMNO dan juga duta bertaraf menteri ke Indonesia semasa zaman pemerintahan dua Perdana Menteri Malaysia meninggal dunia di dalam tidur di kediaman beliau di Damansara pada usia 72 tahun.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Tan Sri dilindungi Allah dan diberkati olehNya serta diberi keampunan di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan, InsyaAllah. Moga segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Tan Sri mendapat keberkatan dan dibalas dengan balasan yang baik.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment