Alhamdulillah juga dalam keadaan Syahr El cacat, masih dan makin ramai yang sayangkan Syahr El. Sungguh sebak rasa hati apabila hampir 100 orang yang mengucapkan dan mendoakan kebaikan sempena hari lahir Syahr El di Facebook. Syahr El bersyukur dengan adanya Facebook ramai kawan-kawan lama, juga dari kalangan rakan sekolah rendah yang dapat dikumpulkan semula. Sesungguhnya Facebook banyak kebaikan jika digunakan dengan betul, terutamanya untuk mengikat dan merapatkan silaturrahim. Ada kalanya adik beradik yang jauh juga dapat dirapatkan dengan Facebook.Syahr El bukan nak bercakap tentang kebaikan atau keburukan Facebook tapi dengan channel inilah ramai kawan-kawan lama dapat dihubungi, Alhamdulillah.
Syahr El juga dapat menyambut hari lahir di Avillion Port Dickson. Dah lama teringin nak tidur di resort terapung di Port Dickson ini. Alhamdulillah impian Syahr El dapat dilaksanakan akhirnya walaupun selama satu malam tetapi satu malam itulah yang amat menggembirakan. Alhamdulillah.
Di Port Dickson juga Syahr El bertemu rakan lama semasa di universiti, Aleen. Di situ juga kami bertemu suaminya, Fared dan ibu mertuanya di restoran ikan bakar mereka. Alhamdulillah, hari lahir Syahr El disambut dengan birthday lunch di situ. Terima kasih Aleen, Fared dan Mak.Juga dalam minggu sebelum dan selepas hari lahir, Syahr El dapat bertemu dan bersuka-ria bersama rakan-rakan karib Syahr El dari universiti. Kami telah bersama sejak zaman matrikulasi (maksudnya sudah 17 tahun kami bersama) Teteapi kami hanya dapat bersama sebahagian daripada kumpulan kami; Wan Irham, Mahid, dan Roy. Shazril dan Zurry tak dapat bersama kerana mereka jauh.
Syahr El juga dapat bertemu Yaya dan Iza di Bangsar, mereka di antara teman rapat Syahr El semasa di universiti dulu.
Selama waktu Syahr El dewasa ini, memang tak pernah hari lahir disambut semeriah ini. Selalunya hari lahir Syahr El jatuh pada hari cuti hujung minggu ataupun pada hari cuti umum (Deepavali) heheheheh tapi takpa, hari lahir Syahr El selama ini disambut dengan keluarga yang Syahr El sayangi.
Apa yang Syahr El rindukan adalah sambutan hari lahir bersama Allahyarhammah ibu Syahr El yang hari jadinya sehari sebelum Syahr El. Moga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas roh beliau dan menerima segala amalaannya semasa mummy hidup dulu. Amin.
Kepada rakan-rakan di Facebook, terima kasih atas ingatan kalian. Moga Allah melindungi kalian selalu, insyaAllah. Amin.
2 comments:
Wahaha.. Meriahnya :) Tentu seronok bila diraikan..
sangat seronok! the best eva!
Post a Comment