Alhamdulillah syukur pada Allah i've been very happy lately. Not because my problems are solved khususnya perihal adik beradik Kal El dan sebagainya tapi kini hati Kal El rasa begitu lapang, tenang dan ceria.
I've let my heart out pasal hal keluarga pada papa and it's up to my siblings to accept my feelings or otherwise. Kal El sudah tidak mengharapkan apa-apa dari mereka and it's up to them if they want to visit me or take care of me afterall. Kal El redha dengan apa pun yang mereka fikir dan lakukan. Cuma Kal El harap jika Kal El mati nanti mereka akan dengan ikhlas menguruskan jenazah Kal El. Itu saja.
Jujurnya Kal El amat sayangkan keluarga Kal El dan tak mahu keluarga yang sememangnya kecil bertelagah tapi dalam keadaan Kal El yang cacat ni biarlah mereka yang cukup sifat menentukan hala tuju hidup mereka dan silaturrahim kami. Sememangnya Kal El tak pernah dan tak akan berdendam pada sesiapa.
Bagi Kal El saki baki hidup ni yang penting kebahagiaan dan ketenangan diri. Tak perlu menyusahkan kepala dan hati memaksa dan menagih simpati dan kasih sayang dari mereka yang tak sudi. Bagi mereka yang membaca entry ini harap doakanlah kebahagiaan dan ketenangan yang Kal El rasa kini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Bagi keluarga yang mungkin terbaca entry ni Kal El minta maaf jika apa yang Kal El catatkan di sini membuka pekung di dada sendiri. Sesungguhnya ini adalah luahan hati yang jujur lagi ikhlas. Ketahuilah yang Kal El menyayangi kalian seikhlas hati. InsyaAllah.
Nota gambar: sewaktu sesi dialysis hari ini. Entry ini ditaip semasa mencuci darah yang amat menyeksakan. Bukan kerana kesakitan tapi kerana rutin yang tak akan berakhir sehingga hujung nyawa Kal El dan kerana terpaksa melalui semua ini bersendirian tanpa perhatian dari saudara kandung sendiri.
No comments:
Post a Comment