Hmmmm berhantu sungguh la benda-benda ni. Sejak iPad belum keluar officially kat Malaysia lagi Syahr El dah beberapa kali terlajak nak membeli tapi sempat masuk gear undur. Kenapa? Sebab Syahr El dah ada iPhone 4 dan rasa kalau ada iPad tu redundant je.. benda sama cuma saiznya lebih besar.

Tapi malangnya sejak dilancatkan di Malaysia baru-baru ni macam asyik teringat-ingat je kat benda alah tu. Hati ni asyik teringat je kat iPad tu... been trying to rationalize kegunaan iPad tu tapi masih tak terjumpa. Mungkin sekali sekala tu berguna la macam bila travelling tak perlu la bawak laptop yang lebih tebal dan lebih berat. Tapi kan bukan nye hari-hari Syahr El travel.
Walaubagaimanapun, kepala ni asyik teringat lebih-lebih lagi ramai yang meracun (sila jangan terasa jika anda membaca ni) hmmmm rasa macam nak jugak ada benda iPad ni. Ingat dulu nak tunggu PlayBook BlackBerry sebab dia ada flash player tapi fikir-fikir balik Syahr El tak pakai pun BlackBerry so macam tak berguna la kalau guna PlayBook tu,,,
So, persoalannya sekarang, nak beli ke idak ek?
2 comments:
Beli jer .. Jangan fikir lagi..
kalau tak suka bleh jual kat kita hahaha :) diskaun 50%
beli! jgn tak beli!
keke...
Post a Comment